SUDOH DOH LA WEI...!!! ABE SPRM MAHGI DOH NI!!! AWE OH AWE NAK KE MANO LAGI TERR…!!!



Alhamdulillah, tentunya kita semua boleh menarik nafas lega sekarang ini.

Selepas kecoh-kecoh tanpa kesudahan berhubung kemelut wang RM90 juta yang didakwa pernah diterima Pas daripada DS Najib Razak serta dikaitkan dengan dana 1MDB, jalan kebenaran nampaknya sudah mula terbentang di depan mata kita semua.

Berikutan penarikan balik saman oleh DS Hadi Awang terhadap Sarawak Report yang kemudian membuka ruang kepada beberapa individu membuat laporan polis, SPRM dengan pantas mengumumkan kertas siasatan sudah pun dibuka..Malah tiga individu telah dikenalpasti untuk dipanggil bagi direkodkan kenyataannya.

Susulannya, Pas juga turut menyatakan keterbukaannya untuk disiasat SPRM serta berjanji akan menyerahkan semua dokumen-dokumen berkaitan seperti penyata bank dan sebagainya.

Nik Abduh Nik Aziz pula menyatakan pihaknya sama sekali tidak tertekan dan mengalu-ngalukan kedatangan SPRM untuk menjalankan siasatan itu.

Cumanya, selain akaun bank Pas dan beberapa pemimpinnya yang perlu diteliti dan disiasat, SPRM tidak harus lupa untuk menyiasat sama Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang diperkatakan sebelum ini sebagai "orang tengah" dalam penyaluran wang tersebut kepada para pemimpin Pas.

Ketika era Najib, meskipun masih merupakan ahli Pas, Nasharuddin telah dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Kesederhanaan Global.

Jika benar ada sejumlah wang yang besar dimasukkan ke akaun bank Nasharuddin, dari situ akan dapat dikesan ke mana wang itu mengalir seterusnya.

Lagi sekali kita melihat nama sebuah Yayasan digunakan untuk kepentingan persendirian???

Oleh kerana jumlah wang, sama ada yang dikatakan diterimanya atau didakwa diterima oleh beberapa pemimpin Pas yang lain itu adalah dalam jumlah yang besar, sudah tentulah ia menggunakan sistem perbankan yang boleh dijejaki susur-galurnya dengan mudah…

Bermakna, dengan adanya siasatan itu, jika benar Pas atau pemimpinnya ada menerima wang daripada Najib atau UMNO, tidak ada sesiapa yang dapat mengelak daripadanya.

Begitu juga kiranya Pas dan pemimpinnya tidak pernah menerima apa-apa wang daripada Najib atau UMNO, maka nama mereka dengan sendirinya akan dibersihkan melalui siasatan tersebut.

SPRM juga tidak harus lupa kepada seorang lagi bekas ahli Pas, Husam Musa yang kini orang kuat PAN…Ketika di peringkat awal isu RM90 juta ini terdedah, Husam bukan saja mengkritik dan menyerang Pas, malah mendedahkan bahawa beliau ada maklumat yang sahih mengenai kemasukan wang tersebut.

Beliau tidak saja menyebut jumlah wang itu bukan RM90 juta, tetapi mendakwa angka sebenarnya mencecah RM200 juta.

Lebih daripada itu, Husam juga turut menyebut nama bank yang didakwanya digunakan untuk penyaluran wang kepada Pas itu.

Tetapi sehingga kini beliau masih tidak menyerahkan dokumen sahih yang didakwa dimiliknya berkaitan penyaluran wang tersebut kepada SPRM?

Bukankah Husam sepatutnya boleh jadi “hero” dalam isu jika beliau tampil membuat laporan kepada SPRM dan membantu siasatan dengan menyerahkan dokumen yang didakwa dimilikinya itu?

Adakah Husam sebagai orang politik tak mahu jadi “hero”?

Atau Husam juga…????

Seperti PAS yang yakin dengan SPRM sebagai sebuah entiti yang berintegriti akan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya secara profesional dengan mengamalkan ketelusan, sikap bermaruah serta ‘without fear or favour’, begitulah juga kami rakyat Malaysia… Kebenaran yang akan terserlah nanti adalah adil kepada semua pihak.


Kita tengok siapa dulu yang “Chcek-In” bilik SPRM hari ini…

Awe oh awe nok ke mano terr awe…ingak pese tok guru terr awe wei… Jange wak sene... Hancur la harape... eh...eh...eh..Donde...Donde...Donde...Che Awe Donde...



Comments