SPRM 'KETUK' PINTU KAMAR HAKIM???


Hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abu Backer yang membuat dakwaan berlakunya salah laku termasuk aktiviti rasuah dalam kalangan hakim-hakim di negara ini, enggan memberi sebarang maklumat kepada SPRM berhubung perkara itu.

Semalam, lima pegawai SPRM, termasuk Timbalan Pesuruhjaya SPRM, DS Azam Baki, bertemu Hamid di kamarnya.

Bagaimanapun, media melaporkan Hamid yang diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan Joy Appukuttan enggan memberikan sebarang maklumat kepada SPRM.

Kenapa enggan memberi maklumat kepada SPRM?

Persoalannya, adakah kelompok kehakiman tidak boleh disentuh walaupun tindakan SPRM berdasarkan fakta dan bukti?


Kenapakah tidak membiarkan sahaja SPRM menjalankan tugasnya dan apa keperluan menubuhkan RCI???

Kalau benar kita benci rasuah dan salah guna kuasa serta ada dalam kalangan mereka sering menggambarkan merekalah paling bersih di muka bumi Allah ini, kenapakah tidak mahu membantu SPRM?

Hormatilah tugas SPRM. Agensi tersebut menjalankan tugas dengan profesional demi melaksanakan amanah rakyat bagi memerangi rasuah dan salah guna kuasa habis-habisan.

Janganlah bersikap hipokrit bercakap berdegar-degar mempunyai bukti itu dan ini…tetapi apabila SPRM bertindak terlompat-lompat pula macam kera kena belacan!

SPRM menjalankan tugasnya secara profesional dan berhemah.

Semua tindakan dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang dan sama sekali tiada kaitan dengan kepentingan sesiapa???

Syabas SPRM, rakyat tidak sabar untuk menanti langkah seterusnya.





Comments