SPRM KAKI TAI CHI??? THERE'S NO SMOKE WITHOUT FIRE...LET'S SEE!!!



Cuaca panas yang melanda negara sejak awal Januari ini dijangka berterusan sehingga Mac ini berikutan fenomena El Nino… 

Hari ini bukanlah niat KS mahu mengulas tentang cuaca di negara kita tetapi El Nino yang melanda ‘jiwa’ Raja Petra Kamaruddin (RPK).

Mungkin kepanasan RPK sekali lagi menyalak dari luar negara mengkritik SPRM sana sini tetapi tidak satu pun bukti diberikan.

RPK seolah-olah menjadi hero kononnya dia sajalah yang pandai menyelesaikan isu mengikut selera dia...

Dituduh pula agensi penyiasat berkaitan mula ‘Tai Chi’ siasatan kepada Peguam Negara...

KS sebenar tidak gemar menggunakan istilah sampah ini, tapi itulah selayaknya digelarkan kepada RPK kerana tidak mendidik orang ramai malah mengelirukan mereka...

Tahukah RPK, peranan SPRM adalah sebagai badan penyiasat rasuah, dan tidak bertanggungjawab dalam menentukan kes yang dibicarakan di mahkamah.

SPRM hanya berperanan menyiasat dan tugas pendakwaan terletak sepenuhnya di tangan Peguam Negara dan setiap kes yang dikemukan adalah berasaskan penilaian Peguam Negara dan Jabatan Peguam Negara. Tak kisahlah siapa pun dan bila disiasat, SPRM akan menyiasat berdasarkan maklumat yang diperolehi.

Apa yang pasti SPRM membuka kertas siasatan, tetapi sama ada ia akan berakhir dengan pendakwaan atau tidak, ia bergantung kepada dapatan fakta kes.

Kenapa pengasingan kuasa ini berlaku RPK? Baca betul-betul RPK supaya tidak tersilap menuduh SPRM ‘Tai Chi’ kes.

Pengasingan kuasa ini bertujuan mengelakkan mana-mana pihak menyalahgunakan kuasa mereka. Ini boleh berlaku jika pihak yang menyiasat juga diberikan kuasa untuk mendakwa. Apatah lagi kalau kuasa untuk mengadili juga diberikan kepada pihak yang sama.

Kuasa mendakwa diberikan kepada Peguam Negara dan kuasa menghukum diberikan kepada hakim atau mahkamah.

Ini dibuat supaya ada elemen "Check and balance" atau "semak dan imbang" dalam sistem perundangan bagi mengelak mana-mana pihak dari menyalahguna kuasa mereka untuk menganiaya.

Maknanya kalau pihak penyiasat mempunyai niat untuk menganiaya orang yang disiasat, maka pihak yang mendakwa boleh menghalang niat tidak baik itu.

Kalau pihak penyiasat dan pendakwa pula bersengkokol untuk menganiaya orang yang disiasat dengan mendakwa orang yang disiasat itu, maka pihak mahkamah (hakim) boleh menjadi penghalang kepada niat buruk mereka itu.

Adakah dengan mengikut peruntukan perlembagaan ini SPRM digelar kaki ‘Tai Chi’???

Atau mungkin kebebalan RPK memang amat sukar untuk dipulihkan.

Sebabnya mungkin RPK memang sengaja memilih untuk jadi bebal. Benda yang tidak pelik dalam dunia politik… Almaklumlah RPK ini hidup dalam pelarian...

Peranan blogger yang sepatutnya menyampaikan berita sahih dan mendidik masyarakat, tapi kini lebih suka mengapi-apikan orang ramai dengan cerita rekaan...

Tindakan menghentam SPRM adalah sesuatu yang tidak logik.

Jadi, kepada semua di luar sana. Fahami fungsi dan tanggungjawab sesuatu agensi sebelum meloncat seperti kera makan belacan.

Comments