MALU APA BOSSKU???



Sesungguhnya agama kita mengajar bahawa malu itu sebahagian daripada iman. Kedua-duanya sangat berkait rapat.

Tiada malu akan rosaklah iman. Tiada iman maka hilanglah malu.

Malu yang paling utama ialah malu kepada Allah. Apabila kita ada rasa malu kepada Allah maka akan wujudlah rasa malu terhadap makhluk lain yang dijadikan oleh Allah.

Apabila kita malu kepada Allah maka kita akan merasakan bahawa betapa besarnya nikmat yang Allah telah berikan kepada kita sedangkan terlalu sedikit yang kita  sebagai hamba 'persembahkan' kepada Nya. Justeru kita akan malu untuk melanggar larangan Nya. Kita akan malu utk ingkar suruhan Nya.

Orang yang malu kepada Allah akan malu menerima rasuah. Orang yang malu kepada Allah akan malu menyalah guna kuasa dan authoriti nya. 

Orang yang malu kepada Allah akan malu menipu orang lain. Orang yang malu kepada Allah akan malu berdusta dan berbohong. 

Orang yang malu kepada Allah akan malu membuat janji palsu dan berdolak-dalik. Orang yang malu kepada Allah akan malu membuat tuntutan palsu. Orang yang malu kepada Allah akan malu mencuri tulang dan makan gaji buta.

Jadi, silalah malu bossku...

Malu akan jadikan boss ku lebih beriman dan kami semua mendapat rahmatan lil 'alamin...

Comments