DOK TAK DOK...CHECKMATE HABIS TOK GURUKU!!!



Sekarang musim kemarau di bahagian utara semenanjung. Kering dan panas tapi sejuk waktu malam.

Tapi macam kata orang Kedah, “dok tak dok hujan turun”.  Maksudnya tanpa disangka hujan turun.

Demikianlah kehebohan terbaru mengenai beberapa individu akan dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan wang RM90 juta milik 1MDB dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin PAS.

Siasatan SPRM akan dibuat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

KS sebenarnya nonpartisan dan tidak berminat untuk berpolitik.

Tetapi KS prihatin dengan isu rasuah. Jadi, tidak dapat tidak KS kena juga ulas pasal politik yang telah pun ditanam dengan budaya rasuah sekian lama.

Malam ini KS kecewa lagi...kecewa sebab parti politik besar orang Islam iaitu PAS pula dikaitkan dengan rasuah dan pengubahan wang haram…

KS tidak kisah pun apa yang bakal terjadi pada PAS...tapi penyebaran budaya rasuah dalam kalangan orang Islam akan terus merebak jika inilah pemimpin yang mereka pilih...malang bukan???

Atau mungkin harapan penyokong PAS supaya kes wang RM90 juta disiasat oleh SPRM terlaksana, harapa mereka gembira dan berpuas hati…


Ketika di peringkat awal isu RM90 juta ini terdedah juga, bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa pernah mendedahkan bahawa beliau ada maklumat yang sahih mengenai kemasukan wang tersebut.

Beliau tidak saja menyebut jumlah wang itu bukan RM90 juta, tetapi mendakwa angka sebenarnya mencecah RM200 juta.

Lebih daripada itu, Husam juga turut menyebut nama bank yang didakwanya digunakan untuk penyaluran wang kepada Pas itu.

Malah, sebahagian duit 1MDB yang masuk dalam akaun pemimpin PAS adalah bernilai RM1.5 Juta dibayar secara berperingkat oleh DS Najib Razak dan UMNO-BN ke akaun bernama Tabung Pembangunan JPP PAS Pusat bernombor 1402301002xxxx.. Betula tau tidak wahai Tok Guruku???

Manakala duit RM1 Juta pula dibayar secara bersama oleh Najib dan UMNO-BN kepada pemimpin kanan PAS… Lagi sekali terdedah Tok Guruku…

Semua duit ini dibayar pada 21 Mac 2018 untuk PRU14 yang mana didepositkan di bank dan dokumen pengesahan wang rasuah ini yang dikaitkan dengan sebahagian dana RM90 Juta 1MDB.. Bank mana satu?..Tidak perlulah KS bagitau...

Biarlah SPRM siasat…

Seperti yang telah KS nyatakan sebelum ini, agama kita mengajar bahawa malu itu sebahagian daripada iman. Kedua-duanya sangat berkait rapat.

Tiada malu akan rosaklah iman. Tiada iman maka hilanglah malu.

Malu yang paling utama ialah malu kepada Allah. Apabila kita ada rasa malu kepada Allah maka akan wujudlah rasa malu terhadap makhluk lain yang dijadikan oleh Allah.

Orang yang malu kepada Allah akan malu menerima rasuah. Orang yang malu kepada Allah akan malu menyalah guna kuasa dan authoriti nya.

Malu akan jadikan Tok Guruku lebih beriman dan kami semua mendapat rahmatan lil 'alamin...

Comments