AWE OH AWE..HOK SAPO INI AWE WEI!!! TAHU PAHALA DAN DOSA???



Awe oh awe nok ke mano terr awe…ingak pese tok guru terr awe wei…

Jange wak sene...

Selepas kecoh-kecoh tanpa kesudahan berhubung kemelut wang RM90 juta yang didakwa pernah diterima beberapa pemimpin Pas daripada DS Najib Razak serta dikaitkan dengan dana 1MDB, jalan kebenaran nampaknya sudah mula terbentang di depan mata kita semua.

SPRM dengan pantas mengumumkan kertas siasatan sudah pun dibuka..Malah beberapa individu telah dipanggil bagi direkodkan kenyataannya.

Pas juga turut menyatakan keterbukaannya untuk disiasat SPRM serta berjanji akan menyerahkan semua dokumen-dokumen berkaitan seperti penyata bank dan sebagainya.

Alang-alang Pas telah membuka ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan, maka wajarlah SPRM menyiasat dua slip bank di atas ini…

Siapakah agaknya yang menerima dana ini???

Nama siapa yang tertulis dalam slip bank tersebut???

Bolehkah pemimpin Pas memperjelaskan duit apakah tersebut???

Adakah pemimpim Pas tahu apa yang dimaksudkan “tahu pahala dan dosa”???

Bukankah kelihatannya orang yang mengaku “tahu pahala dan dosa” itulah yang begitu “rakus” mempertahankan pelaku rasuah, sanggup bersekongkol mempertahankan perasuah sehingga apa sahaja pendedahan salah laku berkaitan rasuah dalam Pas masih tetap dipertahankan sehingga bergegar tulang sum-sum.

Hakikatnya, kerana mereka “tahu pahala dan dosa”lah mereka bebas untuk bertindak dan melakukan apa sahaja bentuk tindakan politik, jika perlu bersekongkol dengan UMNO parti yang mereka tentang habis-habisan, sehingga wujudnya “dua surau; surau hijau dan surau biru”, sehingga berlaku pulau memulau dalam satu kampung, hakikatnya itu adalah dahulu, waktu telah berlalu, maka ia harus dilupakan.

Inilah asas pemikiran puak yang “tahu pahala dan dosa”, sanggup perbuatkan apa sahaja asalkan mereka terus dapat melangsungkan politik oportunis berteraskan pemikiran Machiavelli. Itulah realitinya falsafah dan pemikiran politik mereka, tanpa segan silu berselindung disebalik politik Islam. Hanya kerana mereka “tahu pahala dan dosa”.

Percayalah, rakyat yang “tahu pahala dan dosa” juga tidak sabar menunggu siapakah yang bakal ditangkap oleh SPRM berdasarkan slip itu?

Harap-harap "lebai" yang “tahu pahala dan dosa” ditangkap nanti tidak mengecewakan semua yang menunggu-nunggu selama ini.

Comments