SIAPA MEREKA??? CUTI-CUTI MALAYSIA!!!



Hari ini bekas Pengerusi Tourism Malaysia Datuk Siew Ka Wei dan seorang Ketua Pegawai Eksekutif, Elizabeth Ken Tze Ying direman empat hari berhubung satu kontrak kerajaan yang diberikan sejurus sebelum pilihan raya umum ke-14.

Dikhabarkan Siew dan Elizabeth ditahan SPRM selepas kenyataan mereka diambil di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Siew, merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Nylex (M) Bhd dan Redberry Group, disiasat berhubung urusniaga bernilai RM99.7 juta melibatkan Tourism Malaysia yang ditandatangani pada 4 April 2018.

Bagaimana syarikat Ancom terlibat dalam perusahaan bahan kimia dan herba, manakala Nylex dalam produk pembinaan kimia, boleh ditawarkan kontrak berkaitan promosi pelancongan? 

Dimana logiknya?

Kegiatan utama Redberry Group melibatkan iklan luar seperti papan iklan dan iklan panggung wayang. Ia juga memiliki portal berita Malay Mail.

Persoalan itu terjawab apabila Siew, yang dilaporkan rapat dengan bekas Perdana Menteri DS Najib Razak, telah dilantik sebagai Pengerusi Tourism Malaysia pada 21 September 2016.

Pada Jun lepas, bekas pengerusi Tourism Malaysia Wee Choo Keong menerusi blognya mendedahkan kontrak bernilai RM99.7 juta telah “dinilai, dirunding dan ditandatangani dalam masa sehari” pada 4 April 2018, sebulan sebelum PRU14.

Kontrak dua tahun dengan syarikat Elizabeth Ken itu, adalah untuk mempromosikan Malaysia di China melalui Internet. Syarikat tersebut didakwa menerima RM11.9 juta pada 23 April, iaitu lima hari sebelum penamaan calon PRu14 dan 18 hari selepas Parlimen ke-13 dibubarkan.

Wee mendakwa Elizabeth Ken merupakan pemegang saham dan CEO Geeko Company yang diperbadankan pada 2017.

Menarik…Siapa sebenarnya Elizabeth??? Diusia seawal 32 tahun telah mendapat kontrak berjuta-juta. 

SPRM tidak berminat untuk panggil Najib ke dalam kes ini?

Comments