PINDA AKTA SPRM, TIADA LAGI 'PROXY' KEPENTINGAN???



Kerajaan akan meminda Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bagi membenarkan pihak berkuasa mengetahui siapa pemilik sebenar sesuatu kepentingan ketika menjalankan siasatan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mereka akan memasukkan peruntukan baharu, iaitu mengenai tanggungjawab mendedahkan pemunya benefisiari (beneficial ownership) ke dalam akta tersebut.

Katanya, kita hendak ubah undang undang supaya kita dapat cekup.. Atau kita dapat kenal pasti pemilik sebenar sesuatu kepentingan dalam sesuatu proses siasatan yang dijalankan.

Apa yang diluahkan oleh Perdana Menteri itu ada keperluannya memandangkan terjadinya banyak kes dimana nama individu lain digunakan sebagai ‘proksi’ terhadap sesuatu kepentingan bagi mengelakkan pemilik asal terdedah kepada kebarangkalian dikenakan tindakan.

Bagi KS, kerajaan sewajarnya melakukan kaedah penambaihbaikan terhadap kaedah perolehan, kriteria pemilihan dan pemantauan projek.

Kriteria wajib lulus diwujudkan di mana perunding mesti berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Lembaga Profesional bagi memastikan mereka benar-benar berkelayakan serta berintegriti tinggi.

Melalui kaedah ini, proses pemilihan lead consultant dapat dikurangkan berbanding sebelum ini, dan ini menjimatkan masa pelaksanaan dan memberi nilai faedah yang terbaik kepada kerajaan.

Persoalannya bila mahu dipinda??? Jangan sekadar kenyataan semata-mata.

Cadanagan meletakan di bawah Parlimen bagaimana??? Diperingkat mana usul dibahaskan???

Tepukkk!!!

Comments