PEMBODOHAN MENEGAK BENANG BASAH



Tindakan seorang Timbalan Menteri DAP yang kurang glamor mengamuk kepada sekumpulan penyokong BN kerana mendedahkan salahlaku Pakatan Harapan (PH) menyalahgunakan kenderaan jabatan bukanlah suatu perlakuan yang sihat dan menguntungkan Pakatan Harapan sebenarnya.

Dimana budi Bahasa seorang Timbalan Menteri? Apa  yang ingin ditunjukkan, lebih-lebih lagi dalam kempen pilihanraya, amatlah tidak sesuai sama sekali dengan adab Melayu.

Jika dalam adab Melayu pun sudah tidak sesuai perlakuannya itu, apatah lagi kalau dilakukan ketika kempen pilihanraya Cameron Highlands yang tujuannya ialah untuk mendapatkan sokongan.

Sedikit sebanyak sudah tentu kesan tidak baik itu tertempias juga kepada kempen PH sendiri dan usaha mereka untuk menambahkan undi kepada calon PH di Cameron Highlands, M Manogaran.

Akibatnya, tidak mustahil ramai yang berbisik-bisik sambil mencebikkan bibir, bukan saja kepada Timbalan Menteri itu atas perlakuannya itu, tetapi juga kepada pasukan kempen PH sendiri.

Dengan yang demikian, apakah untungnya perlakuan Timbalan Menteri itu dari segi mendapatkan undi dan sokongan?

Timbalan Menteri seharusnya sedar beliau berada di program politik, bukannya di pentas gusti WWF atau WWE di mana seseorang itu sudah terbiasa mengeluarkan kata-kata celupar, kasar dan tidak sewajarnya kepada sesiapa saja yang tidak disukainya.

Di pentas politik, yang mahu dimenangi ialah hati, jiwa dan perasaan pengundi. Hanya dengan memenangi hati, jiwa dan perasaan saja yang boleh membuatkan rakyat tertarik dan akan membalasnya dengan memberikan undi atau sokongan.

Tetapi, apakah dengan bersikap kasar dan sedikit kurang ajar seperti yang ditunjukkan oleh Timbalan Menteri itu boleh menambahkan undi?

Kalau budi bahasanya ke laut, berperangai kasar, celupar serta bertindak tidak bersesuaian, dengan hanya munggunakan kuasa Timbalan Menteri semata-mata tidak akan mampu membeli walau satu jiwa sekali pun.

Itu satu hal…Satu hal lagi menyalahgunakan aset kerajaan atas alasan "kerja kementerian" untuk berjumpa dengan pengundi.

Kereta-kereta rasmi kerajaan beserta kenderaan pengiring telah digunakan untuk memasuki kawasan-kawasan orang asli secara aktif sejak bermulanya PRK.

Bayangkan jika tiada PRK Cameron Highland, adakah Timbalan Menteri ini akan turun? Jawapanya sudah pasti tidak, mereka hanya turun untuk kepentingan kempen PRK.

Jika kita meneliti ucapan Menteri-menteri sekarang sebelum mereka menjadi menteri, mereka lantang membongkar salah guna kemudahan kerajaan untuk tujuan kempen politik. Tetapi setelah mereka berkuasa, mereka tidak segan silu menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk tujuan yang sama.

Adakah ini maksud reformasi kerajaan baharu???

Apakah mengedar sumbangan kementerian kepada pengundi ketika pilihan raya menggunakan lambang parti bukan satu bentuk rasuah???


KS: Soalan cepu emas…setahu KS, Pahang adalah negeri di bawah pimpinan BN…macammana aset negeri sendiri telah digunapakai oleh orang lain, Orang-orang BN tak tahu??? Patutlah tanah di Pahang banyak tergadai dan diceroboh…




Comments