KENAPA AHLI POLITIK DAP MASIH BENAK TIDAK MAHU BERUBAH...????



Kempen PRK Cameron Highlands membuktikan ahli-ahli politik khususnya yang memerintah ketika ini masih lagi bersikap angguh dan gila kuasa hingga sanggup melanggar peraturan dan undang-undang...

Saling tak tumpah seperti kerajaan terdahulu yang mendewa-dewakan prinsip cash is king...

Amat memalukan, di saat Perdana Menteri, Tun Mahathir lantang bersuara dan dipuji di persada antarabangsa kerana tekad mahu membersihkan Malaysia daripada gejala rasuah, ketika itu jugalah ahli politik PH khususnya juak-juak DAP sibuk  melakukan politik wang dan salah guna kuasa...


Dulu beria juak-juak DAP berkokok mencari salah orang-orang Barisan Nasional dan mahukan Pilihan Raya yang telus dan bersih...Kini mereka buat benda yang sama...

Kes-kes seperti "duit minyak" dan kes penyalahgunaan aset-aset kerajaan, sepatutnya tidak lagi berlaku dalam PRK di era perubahan Malaysia baharu ini...


Rasanya sudah berbuih mulut orang-orang SPRM nasihat ahli politik mengenai perkara ini..

Isu pacuan empat roda milik Pejabat Hutan Daerah yang digunakan bagai kepunyaan harta makbapak DAP punya adalah sesuatu yang mengecewakan rakyat...


Logikkah seorang Ahli Parlimen yang mempunyai jawatan sebagai Timbalan Menteri langsung tidak memikir soal ini sedangkan isu penggunaan aset kerajaan ini isu pertikaian favourite setiap kali PRU atau PRK...


Sekarang apabila terkantoi semua memberi 1001 alasan, sudahlah begitu, angkuh pula...

Usahlah berdalih...KS bukan setakat tengok video, ramai sahabat di Pahang yang memberi maklumat..


SS Pahang yang baru, DS Sallehuddin Ishak yang juga 'orang sekampung' YB Zulpuri,  menjelaskan bahawa Jabatan Hutan Pahang membenarkan kenderaan itu dipinjamkan kepada YB Zulpuri atas kapasiti Timbalan Menteri bagi tujuan urusan rasmi.


Persoalannya, Pengarah Hutan Pahang atau DS Sallehuddin sendiri tidak pekakah urusan rasmi itu berlaku di mana dan pada waktu bila?

Atau mereka pun tidak tahu sedang berlangsung PRK Cameron Highlands sama seperti mereka tidak tahu hutan2 di Pahang diteroka secara haram?

Atau semua masih takut dengan arahan ahli politik yang berlagak bagaikan dewa kayangan?

Tarikh mengundi sudah hampir, KS nasihatkan calon DAP, M Manogaran agar tarik diri sahajalah. Itu lagi melegakan daripada kamu mengheret keseluruhan parti dengan persepsi korupsi.


Malah jika DAP menang, implikasinya buruk dan silap haribulan akan diadakan sekali lagi PRK yang membazirkan jutaan ringgit wang rakyat.

Jangan diikutkan perangai pemimpin dulu yang kini menjaja tagline MaluApaBossku??..Bak kata orang tua malu biarlah bertempat..jangan jadi muka tembok buat salah tapi pusing satu dunia kata dialah yang terbaik..


Ingat!!!, rakyat memerhati dan bila-bila masa akan buang kamu...

KS: Onion Army sedia berdepan Red Bean Army...

Comments