ANTARA TARIF AIR BAKAL NAIK DAN SKANDAL AIR DIBONGGAR LAGI???



Selepas skandal rasuah membabitkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dibongkar SPRM beberapa tahun lalu, satu lagi badan pengurusan air di negara ini turut dicemari skandal serupa yang membabitkan pegawai pembuat keputusan badan itu.

Hari ini empat pegawai kanan termasuk seorang berpangkat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) disyaki bersekongkol dengan beberapa pemilik syarikat untuk memonopoli projek pembekalan air di Pahang ditahan SPRM.


Dikatakan kegiatan sundal pegawai kanan telah dilakukan sejak 2014 lagi dan sepanjang tempoh empat tahun kebelakangan ini, projek-projek yang dikeluarkan badan negeri itu dimonopoli dan dikawal oleh seorang kontraktor.

Bayangkan projek itu dimonopoli oleh lapan buah syarikat namun syarikat itu disyaki dikawal oleh kontraktor berkenaan yang turut dipercayai mempunyai hubungan baik dengan pegawai kanan termasuk CEO berkenaan.

Keseluruhan projek itu mencecah jutaan ringgit tetapi projek yang diketahui dan sedang disiasat oleh SPRM dianggarkan bernilai RM23 juta.

Modus operandi sindiket ini ialah memberi tumpuan kepada kerja-kerja dibawah RM50,000 saja dan kesemuanya dikesan dibolot oleh lapan syarikat terbabit.

Malah kesemua kerja-kerja ini diberikan secara runding terus dan jika terdapat bagi projek kos melebihi RM50,000 pula akan dilaksanakan secara pecah kecil serta dibahagikan kepada dua fasa atau tiga fasa.

Jelaslah ini bertujuan mengelakkan berlakunya proses sebut harga yang sememangnya menyalahi peraturan kewangan yang ditetapkan jika ja diteruskan secara rundingan terus.

CEO terbabit juga dipercayai mempunyai kuasa untuk memilih mana-mana syarikat untuk melaksanakan projek bagi kerja-kerja yang tidak melebihi RM3 juta.

Situasi ini dikesan membolehkan beliau menyalahgunakan kuasa untuk menentukan syarikat kroni bagi memperoleh tender terbabit.

Hampir kesemua syarikat itu dikesan didaftarkan di Pahang dan hanya satu didaftar di Kuala Lumpur.

Berdasarkan, Laporan Ketua Audit Negara 2017 yang menyatakan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) kerugian tiga tahun berturut-turut iaitu RM114.55 juta sehingga tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2015, RM108.22 juta (31 Mac 2016) dan 103 juta (31 Mac 2017).

Hal itu terus berlaku disebabkan pengurusan bekalan air diuruskan dengan kurang cekap, pengurusan tadbir urus PAIP juga di sifatkan kurang cekap dan kurang memuaskan.

Selain itu prestasi kewangan PAIP dilihat kurang stabil, peningkatan kos mendadak sehingga PAIP mencatatkan kerugian secara berturutan setiap tahun.

Patutlah tarif air hendak dinaikan… Apa lagi nak dikata...kecewalah lagi rakyat… Tepukkkkk!!!

Comments