Barangkali ramai yang sudah
membaca surat terbuka Dr. Mujahid Yusof Rawa kepada Nurul Izzah Anwar, Ahli
Parlimen Permatang Pauh yang baru-baru ini meletakkan jawatan Naib Presiden PKR
serta menolak perlantikan sebagai Pengerusi Pimpinan PKR Pulau Pinang.
Tidak dinafikan, rasanya ramai
yang rasa meloya dan mencebikkan bibir membaca tulisan Dr. Mujahid itu,
terutama kerana beliau kini adalah seorang menteri yang menjaga hal ehwal
agama.
Kepada sesiapa yang masih belum
membacanya, silalah buka Facebook Dr. Mujahid untuk menelitinya.
Siap berkanda berdinda dan
menceritakan keadaannya yang sedang dalam perjalanan di bumi Sepanyol,
ternampak macam mengalahkan anak muda yang tengah asyk mahsyuk bercinta,
demikian kata beberapa rakan yang membaca surat itu.
Di media sosial, jangan ceritalah
betapa ramai yang mengejek dan mentertawakan surat Dr. Mujahid itu.
Adakah Dr. Mujahid berkanda
berdinda juga dengan isterinya sendiri atau dengan semua wanita muda lain yang
dikenalinya?
Ataukah hanya dengan Nurul Izzah
saja beliau berkanda berdinda itu?
Benarkah Dr. Mujahid tidak boleh
tidur malam kerana keputusan Nurul Izzah tempoh hari?
Tetap, kenapa sampai demikian
jadinya?
Mengapa beliau ternampak lebih
emosi dengan keputusan Nurul Izzah meletakkan jawatan itu berbanding Anwar
Ibrahim dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail sendiri?
Mengapa? Mengapa? Mengapa?
Sebenarnya tidaklah salah bagi
Dr. Mujahid menulis surat kepada anak sulung Anwar yang pernah digelar Puteri
Reformasi itu, tetapi beliau mesti sedar kedudukan dirinya sebagai menteri
sekarang ini.
Kalau pun mahu memberikan nasihat
dan mencurahkan simpati, apalagi dalam bentuk surat terbuka, sesuaikanlah
dengan kedudukan dan jawatan yang disandangnya itu, tambahan lagi yang
ditujukannya ialah Nurul Izzah, seorang wanita yang masih muda, cantik dan kini
hidup seorang diri.
Khairy Jamaluddin dan Rafizi
Ramli pun ada menunjukkan simpati dengan keputusan Nurul Izzah itu, tetapi
kedua-dua pemimpin muda UMNO dan PKR itu nampak jauh lebih matang dalam
tindakan mereka.
Nasihat menasihati dan mengambil
berat sesama rakan dalam politik atau dalam apa bidang sekali pun, meskipun
baik dan digalakkan, tetapi mestilah dilakukan dengan cara yang sesuai,
sederhana dan tidak berlebih-lebihan.
Yang penting, nasihat yang
diberikan itu mampu memberi ketenangan dan meredakan jiwa seseorang yang resah,
bukan dalam bentuk yang boleh menimbulkan tafsiran lain.
Lebih-lebih lagi jika yang
menulis surat itu seorang lelaki tua dan
ditujukan kepada wanita muda serta siap dengan berkanda berdinda, tanggapan
umum ialah, “ nak menggatal ke apa tu?"
Comments
Post a Comment