MALAPETAKA DATANG BAGAIKAN DIBERIKAN KAD UNDANGAN!!



Selepas kalah pilihanraya yang berpunca daripada DS Najib Razak dan skandal 1MDB yang terkait secara langsung dengannya, tanda-tanda malapetaka kedua bakal menimpa UMNO ternampak semakin terang lagi nyata sebaik saja DS Zahid Hamidi diumumkan sebagai Presiden UMNO yang baru.

Hanya beberapa jam setelah memenangi jawatan tersebut, beliau dilaporkan akan dipanggil oleh SPRM untuk dirakam keterangannya pada esok (Isnin) berhubung dakwaan salah guna wang sebuah yayasan yang dipengerusikannya.

Difahamkan Zahid Hamidi disiasat berhubung dakwaan menyalahgunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi dan membayar kad kredit beliau serta isterinya yang berjumlah kira-kira RM800 ribu.

Kenapa wang yayasan yang tujuan asasnya untuk membantu orang miskin, anak yatim, pusat tahfiz, pembinaan masjid dan sebagainya digunakan untuk membayar kad kredit sendiri dan isterinya?

Apakah Zahid Hamidi tidak cukup wang sendiri untuk membayar perbelanjaan peribadi?

Daripada manakah pula datangnya sumber wang yayasan tersebut?

Apakah benar ia sumbangan rakan-rakannya yang mahu beramal jariah atau hasil komisyen projek-projek kerajaan yang diberikannya kepada kawan-kawannya?

Jika sebahagian wang dalam yayasan itu merupan duit komisyen, tidak rasa bersalahkan ia digunakan untuk membantu orang miskin, anak yatim, pusat tahfiz, pembinaan masjid dan sebagainya

Selain berkaitan salah guna wang yayasan itu, Zahid Hamidi juga pernah dipanggil oleh SPRM untuk direkodkan keterangannya berhubung dakwaannya sebelum ini pernah berjumpa wakil keluarga penderma yang memasukkan RM2,600 juta ke akaun peribadi Najib.

Berdasarkan kedua-dua kes beliau dipanggil mengadap SPRM, secara umumnya ramai yang mengetahui bahawa Zahid Hamidi telah terheret ke fasa tahanan SPRM dan seterusnya pendakwaan di mahkamah.

Ini kerana kes berkaitan yayasan itu itu dilihat jelas suatu perbuatan pecah amanah, manakala pertemuan dengan wakil keluarga Diraja Arab Saudi itu pula terang-terang suatu pembohongan atau bersubahat melindungi salah laku Najib.

Siapakah wakil keluarga diraja Arab Saudi yang dikatakan ditemui Zahid Hamidi itu sedangkan wang yang dikatakan derma yang diterima Najib, mengikut penyiasat antarabangsa dan didedahkan DOJ sebelum ini, ia adalah bersumberkan 1MDB yang dilencongkan dan dimasukkan oleh Jho Low?

Untuk menjaga nama baik parti, Zahid Hamidi perlu meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO dengan segera.

Jika itu yang bakal terjadi, tidakkah beliau akan menjadi Presiden UMNO yang paling singkat perkhidmatannya dalam sejarah parti itu?

Dengan malapetaka bertimpa-timpa melanda UMNO, relevankah lagikah parti itu sebagai payung untuk melindungi orang-orang Melayu?

Hmmmm....malang sungguh nasibmu UMNO - daripada Najib beralih ke Zahid Hamidi, malapetaka yang datang bagaikan diberikan kad undangan!!

Comments