ANCAMAN DEMI ANCAMAN DITERIMA SEMATA-MATA BERJUANG MELAWAN RASUAH!!!



Gempar, apabila rumah seorang pegawai kanan SPRM dijilat api dalam kebakaran di Taman Suria Tropika, Seri Kembangan, kelmarin.

Menurut sumber, ketika kejadian, pegawai di hujung 30-an itu dan keluarganya tidak berada di rumah.

Rumah dua tingkat itu, dakwanya, dibaling dengan bom petrol kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Polis bagaimanapun belum mengesahkan atau menafikan perkara ini kerana masih menunggu laporan bomba.

Pegawai itu terlibat dalam kes berprofil tinggi yang mendapat liputan hangat media.

Ditanya sama kejadian itu cuba mengganggu siasatan pegawai itu, sumber tidak menolak kemungkinannya.

“Ini mungkin amaran padanya,” kata sumber.

Laporan daripada pihak bomba menyebut tingkat dua rumah itu rosak 80 peratus tetapi tingkat bawahnya selamat.

Ketua Polis Daerah Sepang Abdul Aziz Ali berkata pihaknya telah mendapat laporan polis tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada ia dibakar dengan sengaja atau tidak.

“Laporan hanya menyebut rumah ini terbakar,” katanya.

Jika kita menjadi pegawai kanan SPRM tersebut dan meletak diri kita di tempat beliau...agak-agak mampukah kita menanggungnya?

Diugut bunuh, keluarga terancam, dikirim peluru, kini rumah pula dibakar dan pelbagai lagi ancaman buruk diterima semata-mata berjuang melawan rasuah dan menjalankan tugas...

Bagi KS, inilah pejuang rasuah sejati...pegawai SPRM perlu kuat, cekal dan tabah dalam apa jua cabaran dan dugaan yang mereka bakal hadapi.

Jangan ingat dengan membuat onar sebegini  boleh membantutkan siasatan tapi ianya akan lagi di siasat dengan lebih mendalam dan boleh disabitkan dengan cubaan membunuh dan ancaman terhadap pegawai SPRM.

Paling penting teruskan tugas dengan bertanggungjawab dan berdisiplin untuk membongkarkan kebenaran yang disorok selama ini....iaitu kebenaran tentang siasatan siasatan kes-kes rasuah.

Kebenaran adalah perkara yang lebih besar dan perlu diutamakan dalam hal ini...

Jika rakyat tidak didedahkan perkara ini sekarang...sampai bila-bila rakyat terus keliru,tertanya-tanya dan lebih malang percaya kepada berita dusta...

Dalam isu ini, jelaslah memperlihatkan betapa bersungguh-sungguh SPRM menjalankan tugas.

Jadi adakah perkara seumpama ini kita boleh kata SPRM sambil lewa dalam menangani isu rasuah?

Cerminlah diri kita terlebih dahulu, apakah pengorbanan yang paling besar pernah kita lakukan demi memerangi rasuah atau membantu negara??...

KS: Perjuangan anti rasuah sejati adalah jihat.



Comments