PENYAKIT MISTERI DIKENAL PASTI??? BUKAN VIRUS, BAKTERIA ATAU FUNGI TAPI KERANA AGEN YANG AGRESIF!!!



Sejak Mei lalu satu penyakit misteri telah menyerang ramai orang di negara kita.  Pesakit yang diserang penyakit misteri ini sebelumnya berada dlm keadaan sihat dan normal.

Malah sesetengahnya asalnya cukup sihat, bertenaga, malah kuat dan gagah. Lebih membimbangkan penyakit ini berjangkit dan dan mungkin akan menjadi wabak.

Bilangan pesakit meningkat hampir setiap minggu. Mereka yang diserang penyakit ini bertukar dari sihat segar bugar terus tiba-tiba tidak boleh berjalan, kena bertongkat, berkerusi roda, tiba-tiba kena pasang tiub melalui hidung, telinga dan sebagainya, tiba-tiba patah tengkuk dan terpaksa memakai anduh leher, malah ada yang terus RIB  (rest in bed) dan tak boleh jumpa orang ramai.

Jika penyakit ini menyerang otak, pesakit meracau- meracau dan meronta-meronta sambil menyebut beberapa perkataan berulang2 seperti "aku tak salah, bukan aku yang ambik dan aku tak ingat".

Dikenal pasti juga biasanya pesakit terdiri daripada golongan yg hidup mewah dan berkemampuan. Setakat ini belum dijumpai pesakit dari golongan B40.

Pakar-pakar perubatan telah mengkaji dgn teliti punca penyakit misteri ini dan menjumpai puncanya. Ia bukanlah virus, bakteria atau fungi. Juga bukan sebab sel-sel yang tidak normal seperti sel barah. Juga bukan sebab buatan orang atau makhluk halus.

Sebaliknya penyakit misteri ini berpunca dari tindakan agen yang agresif yang diringkaskan kodnya kepada SPRM...

Jangan marah...

Comments