LAPAN LAGI??? PULUN SPRM PULUN…





Mahkamah minggu ini dijangka sibuk dengan beberapa pemimpin UMNO dan bekas menteri era BN dijangka akan didakwa dengan beberapa pertuduhan berkaitan rasuah.

Dilaporkan, DS Najib Razak bersama DS Rosmah Mansor serta seorang bekas menteri akan didakwa berkaitan projek tenaga solar untuk sekolah-sekolah di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Turut dikatakan akan didakwa berkaitan projek yang sama ialah bekas pegawai khas Najib yang beberapa bulan sebelum ini pernah ditahan reman untuk siasatan oleh SPRM.

Seorang lagi bekas menteri yang akan didakwa di mahkamah minggu ini ialah berkaitan penjualan-penjualan tanah milik DBKL.

Seorang bekas timbalan menteri pula akan didakwa berkaitan penyelewengan dana Finas berjumlah RM25 juta.

Seorang Ahli Parlimen BN  bergelar Datuk Seri turut akan didakwa kerana dipercayai mengutip komisyen bagi projek-projek kerajaan berjumlah lebih RM3 bilion.

Selain itu, bekas Pengerusi Felda, Isa Samad diberitakan akan juga didakwa minggu ini berkaitan penyalahgunaan kuasa berhubung pembelian hotel di Sarawak pada tahun 2014 yang lalu.

Bermakna, minggu ini saja ada lapan individu berkaitan UMNO dan BN akan didakwa di mahkamah.

Meriah!!! Sungguh!!! Pulun SPRM Pulun…

Comments