KES STRAIGHFORWARD MAKIN RAMAI AKAN DIDAKWA??? TETAPI PERBICARAAN MASIH TAK SELESAI-SELESAI!!!



Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini "meriah" sekali lagi dengan kehadiran orang ramai apabila isteri bekas Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor, bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, DS Tengku Adnan Tengku Mansor didakwa berkaitan dakwaan rasuah.

Secara kebetulan, ketiga-tiganya adalah "anak Mansor", walaupun mereka bukanlah adik-beradik atau ada hubungan persaudaraan antara satu sama lain.

Rosmah dan Rizal dipercayai akan didakwa berkaitan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima rasuah RM1.5 juta dalam kes penyelewengan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi sekolah di Sarawak.

Tengku Adnan atau nama popularnya Ku Nan aka abam seluar londeh pula didakwa dengan dua pertuduhan menerima rasuah dan satu pertuduhan pilihan menerima rasuah berjumlah RM3 juta, berhubung pembelian tanah bagi pembinaan rumah mampu milik pada tahun 2013 dan 2016 iaitu ketika beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini, DS Najib Razak sudah dihadapkan dengan 39 pertuduhan, Zahid Hamidi 45 pertuduhan, Rosmah 17 pertuduhan, bekas Ketua Setiausaha Negara, Irwan Siregar Abdullah 6 pertuduhan, peguam UMNO, Shafee Abdullah 4 pertuduhan dan bekas ketua perisik MEIO, Hasanah Abdul Hamidi dengan satu pertuduhan pecah amanah.

KS dimaklumkan lebih ramai lagi pemimpin UMNO, termasuk bekas menteri, bekas timbalan menteri, Ahli Parlimen dan pegawai kanan kerajaan era BN turut bakal didakwa selepas ini atas pelbagai kesalahan sama ada berkaitan rasuah, pecah amanah atau penyelewengan ketika masing-masing ada kuasa sebelum ini.

Najib dan Rosmah sendiri tidak terkecuali dijangkakan akan berdepan lebih banyak pertuduhan juga.

Dari satu segi, rakyat memang menyambut baik segala penyiasatan, penahanan dan pendakwaan ke atas semua mereka yang terlibat itu, malah sebab utama pengundi bersatu hati menumbangkan UMNO dan BN pun adalah disebabkan mereka sudah lemas dengan gejala rasuah dan terlalu berleluasa selama ini.

Rakyat mahu semua kedurjanaan itu dihapuskan sama sekali lantaran mereka yang memegang kuasa atau atau kaitan dengan kuasa sebelum ini ini didapati langsung tidak amanah dan hanya memikirkan kepentingan peribadi semata-mata.

Tetapi, sementara penyiasatan demi penyiasatan, penahanan demi penahanan, seorang demi seorang ditahan reman serta dipakaikan 'baju oren' dan pendakwaan demi pendakwan dilakukan, apa yang menimbulkan kebimbangan rakyat ialah belum ada seorang pun daripada yang didakwa itu sudah ada tarikh untuk mereka dibicarakan.

Semuanya masih tergantung di peringkat pengurusan kes yang dijangka akan dilakukan sebelum hujung tahun ini dan perbicaraan pula tentunya pada awal atau pertengahan tahun hadapan.

Mengapakah ia begitu lambat dibicarakan sedangkan semuanya adalah kes berprofil tinggi serta melibatkan kepentingan awam?

Yang lebih buruknya, sebaik didakwa dan dibebaskan dengan ikat jamin, semua yang didakwa itu kemudiannya bebas bercakap, berceramah dan menulis di media sosial mempertahankan diri masing-masing seolah-olah mereka tidak bersalah, dianiaya serta mangsa kepada pendakwaan terpilih.

Jadinya, ternampak ada sesuatu yang pelik dan lompong dalam hal ini, bahkan sistem keadilan bagaikan dipermain-mainkan.

Jika kerajaan dan semua pihak yang berkaitan dengan undang-undang benar-benar serius ingin membersihkan negara ini serta mahu melihat operasi pembersihan itu berjalan dengan baik dan mampu memberi kesedaran kepada masyarakat, perbicaraan kes-kes berprofil tinggi dan melibatkan kepentingan awam ini seharusnya dipercepatkan dan tidak dilengah-lengahkan.

Mahkamah seharusnya menetapkan tarikh yang cepat untuk perbicaraan supaya hukuman sama ada bersalah atau tidak ke atas tertuduh boleh segera dijatuhkan.

Di sinilah juga namanya keadilan.

Ia tidak boleh ditunggu sehingga empat atau enam bulan kemudian baru hendak dibicarakan. Perbicaraan hendaklah disegerakan dan hukuman yang setimpal harus dijatuhkan supaya ia dengan sendirinya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat serta menimbulkan ketakutan kepada mereka yang sedang berkuasa sekarang.

Sebenarnya itulah tujuan undang-undang dilaksana dan dikuatkuasakan.

Maka itu, penegak undang-undang harus melihat perkara ini dengan serius demi kepentingan rakyat dan negara. Jangan asyik mendakwa dan membawa kes ke mahkamah saja, yang rakyat ingin lihat sebenarnya ialah mereka yang didakwa itu segera dijatuhkan hukuman dan dipenjara, terutama bagi kes-kes yang mudah, jelas dan "straighforward" seperti ada bukti wang, nombor cek, pembelian rumah secara tunai, kekayaan melampau dan sebagainya.

Rakyat memang menyanjung tinggi keseriusan SPRM mahu membersihkan negara ini dari rasuah, tapi janganlah sampai SPRM pula disalahkan nanti apabila perbicaraan masih tak selesai-selesai lagi.

Kes yang kat bawah ini bila lagi hendak dituduh???? kes straighforward tu...goyang...goyang Bali!!!





Comments