JANGAN MUNGKIR JANJI… ISYTIHARKANLAH HARTA…TAKKAN TAKUT???





YB…. Masih berbulan madu???

Masih ramai anggota pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal mengisytiharkan harta masing-masing walaupun tarikh akhir untuk berbuat demikian sudah dua kali dilanjutkan SPRM.

Mereka sebahagian daripada  anggota pentadbiran kerajaan bergelar menteri dan timbalan menteri yang diwajibkan berbuat demikian, susulan arahan yang meliputi 123 ahli Parlimen mewakili semua parti gabungan PH.

Berdasarkan portal MyDeclaration yang boleh diakses umum mulai 1 November lalu, 30 anggota pentadbiran yang gagal mengisytiharkan harta itu membabitkan 14 menteri, manakala selebihnya adalah timbalan menteri.

Barisan menteri meliputi Mohamad Sabu (Pertahanan), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Hal Ehwal Ekonomi), Anthony Loke Siew Fook (Pengangkutan), Dr Maszlee Malik (Pelajaran), Datuk Seri Rina Harun (Pembangunan Luar Bandar), M Kulasegaran (Tenaga Manusia), Datuk Salahuddin Ayub (Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kesihatan), Datuk Saifuddin Abdullah (Luar Negeri), Khalid Abdul Samad (Wilayah), Yeo Bee Yin (Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim, dan Alam Sekitar), Darell Leiking (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Redzuan Yusoff (Pembangunan Usahawan) dan Baru Bian (Kerja Raya).

Untuk timbalan menteri pula, enam sahaja yang disenarai selesai mengisytiharkan harta. Mereka ialah Mohamed Hanipa Maidin (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Amiruddin Hamzah (Kewangan), Dr Lee Boon Chye (Kesihatan), Steven Sim (Belia dan Sukan), Ong Kian Ming (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Hannah Yeoh (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Selain 30 anggota pentadbiran kerajaan itu, portal MyDeclaration memaparkan 47 lagi ahli Parlimen mewakili PH gagal menyempurnakan pengisytiharan harta.

SPRM sebelum ini menunda dua kali pelancaran portal memaparkan aset diisytihar anggota pentadbiran kerajaan dan ahli parlimen PH yang boleh diakses umum itu, dengan tarikh akhir untuk berbuat demikian semalam (31 Oktober).

Melalui data MyDeclaration, Guan Eng merekodkan pendapatan RM86,464.92 iaitu tertinggi dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan, mengatasi Mahathir dan Wan Azizah yang masing-masing mengisytiharkan pendapatan RM75,861.57 dan RM59,048.33.


Kerajaan PH sebelum ini mewajibkan menteri, timbalan menteri dan ahli parlimen mewakili setiap parti dalam pakatan berkenaan, mengisytihar dan memperincikan harta masing-masing untuk membolehkan ia disiarkan melalui portal MyDeclaration.

Peraturan perisytiharan harta itu adalah cadangan Kerajaan PH bagi memastikan Ahli Parlimen berintegriti dan tidak terbabit rasuah.

Bagi KS, SPRM hanya pelaksana dan jangan salahkan SPRM pula dalam isu ini.

Pastinya, berdasarkan janji PH, perisytiharan harta perlu dibuat selepas tiga bulan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. Jadi, Ahli Parlimen perlu isytiharkan segera... kalau lambat akan jejaskan janji kerajaan…Jangan mungkir janji…

Comments