GENG EMPAT TAN SRI!!!



Terkejut atau sudah dijangka apabila Ketua Audit Negara, TS Madinah Mohamad telah memaklumkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa laporan audit 1MDB yang dibentangkan kepada PAC dan Kabinet sebelum ini adalah merupakan satu laporan yang telah dipinda.


Madinah mendedahkan bahawa laporan asal ini telah beliau terima daripada Pengarah Sektor Audit Tadbir Urus, Nor Salwani selepas beliau mengambil alih jawatan Ketua Audit Negara daripada TS Ambrin Buang.

Lebih mengejutkan lagi ialah keputusan untuk meminda laporan ini katanya telah dibuat oleh DS Najib Razak dengan turut disokong oleh Bekas Ketua Audit Negara, TS Ambrin Buang, Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), TS Ali Hamsa, Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), TS Dzulkifli Ahmad dan Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Najib, TS Shukri Mohd. Salleh.

Bagi KS, sekiranya ia benar-benar berlaku, ini merupakan satu pengkhianatan tertinggi ke atas amanah yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat dan negara kepada DS Najib dan para penjawat awam.


Lebih-lebih lagi sebagai penjawat awam yang termaktub dengan sumpah dan janji perkhidmatan, mereka yang terlibat telah mencalar dan menconteng arang kepada imej perkhidmatan awam.

Lebih mengecewakan ialah Ali sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang bertanggungjawab mengepalai kira-kira 1.6 juta penjawat awam di negara ini seharusnya menunjukkan contoh baik dan berintegriti tinggi.

Mungkin ramai juga yang kecewa dengan sikap Ambrin Buang sebagai Ketua Audit Negara ketika itu.

Seharusnya Ketua Audit Negara adalah benteng terakhir untuk memastikan bahawa sebarang bentuk salah laku urus tadbir jabatan atau kementerian dalam kerajaan dilaporkan kepada Parlimen yang merupakan institusi tertinggi di dalam negara dan Perdana Menteri yang merupakan ketua eksekutif pentadbiran.

Sikap Ambrin yang membenarkan pindaan itu dilihat sebagai satu dosa amat besar di mata rakyat. Awang berharap beliau akan serta-merta melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-Isu Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Negara kerana apa jua alasan, tahap integriti Ambrin dipersoal dan tidak layak memikul tanggungjawab sebesar itu.

Benarlah kata orang watak Si Kitul yang menjadi pengkhianat atau tali barut Portugis dalam perang Melaka 1511 tidak pernah mati dalam masyarakat Melayu...

Mungkin nyawa berpusar diberikan kepada watak Kitul ini untuk terus hidup dalam masyarakat Melayu.

Semua yang membaca atau mendengar sejarah Melaka tahu Si Kitul ialah penyampai maklumat tentang keadaan pertahanan sehingga hancur kedaulatan Melaka pada masa itu...

Situasi ini sama apabila Dzulkifli  yang sepatutnya menunjukan contoh dan tauladan tetapi mendedahkan maklumat siasatan kes… menjadi antara dalang yang membersihkan Najib.

Dia yang sepatutnya bertindak membantu siasatan bagi pendakwaan..sebalik berpihak kepada suspek...kemudian dia mendapat habuan jawatan KP SPRM..

Apa bentuk intergriti seorang ketua kalau berterusan sebegitu pada masa itu? Tidak teringinkah beliau untuk berlaku jujur???

Tidak perlu diceritakan lagi kisah skandal bini orangnya...siasatan video Bali hingga sekarang sepi tanpa berita...

Hingga ke hari ini tiada tindakan dari PDRM...

Akhirnya bukan sahaja dokumen audit ditipunya malah dokumen perkahwinannya juga ditipu…

Orang ramai juga perlu tahu bahawa kesemua mereka ini golongan yang berpegang pada prinsip 'matlamat menghalalkan cara'...

Prinsip yang amat bahaya kerana mereka tidak pedulikan dosa atau pahala..buruk atau baik...asalkan mereka dapat apa yang mereka mahu....


Modus operandi sama dilakukan hari ini, dia tanpa rasa berdosa bersama-sama mahu menutup kesalahan penyamun duit rakyat....pendedahan pindaan laporan ini membuktikan bahawa satu penstrukturan semula besar-besaran harus dilakukan bagi memastikan kredibiliti penjawat awam dapat dibina semula.

Penjawat awam merupakan institusi paling dekat dengan rakyat yang akan melaksanakan semua polisi yang telah dipersetujui sama ada di peringkat Parlimen mahupun Pejabat Perdana Menteri.

Tidak mungkin Malaysia akan mampu menjadi negara baldatun thoyyibatun wa rabbhun ghaffur iaitu negara yang mendapat rahmat dan keampunan Allah SWT sekiranya institusi penjawat awam ini tidak direkayasa.

Jangan biarkan Si Kitul moden meranapkan Kota Putrajaya...lawan pasti lawan...

Comments