CUKUP CUKUP SUDAH… BERTAUBATLAH WAHAI NAJIB



Untuk kali yang seterusnya, terutama sejak dibalun  dengan dilabel sebagai berbohong oleh Utusan berhubung isu RM2.6 bilion, Bekas Perdana Menteri, DS Najib Razak terus mempertahankan dirinya bukan seorang pembohong, pencuri atau penyangak.

Melalui laman Facebooknya, Najib  yang telah ditolak rakyat dan kini berdepan 38 pertuduhan mahkamah itu mengulangi kenyataan yang pernah dikeluarkannya sebelum ini bahawa dana RM2.6 bilion itu adalah sumbangan Almarhum Raja Abdullah dari Arab Saudi.

Meskipun jika diimbas kembali banyak rentetan jalur cerita berhubung dana itu nampak berbeza dan tidak masuk akal, bahkan Najib sendiri dalam interbiu Al-Jazeera hanya beranggapan saja wang itu daripada Raja Abdullah berdasarkan sumbangan kecil yang pernah diterimanya sebelum itu, tetapi tentunya agak menghairankan mengapa sumbangan besar RM2.6 bilion itu disalurkan melalui Tanore Finance yang dimiliki oleh Jho Low.

Di sini KS tidak ingin sama sekali untuk memperincikan semua renteten atau perbezaan itu kerana ramai di antara kita barangkali sudah sedia maklum mengenainya.

Namun, jika Najib terus mendakwa dirinya bukan pembohong, pencuri dan penyangak, KS cuma ingin mengingatkan beliau dan pemakan dedaknya tentang reaksi awalnya ketika isu RM2.6 bilion itu terdedah kepada pengetahuan umum pada 2015 dahulu.

Kalaulah benar wang itu merupakan derma daripada Raja Abdullah, mengapakah Najib ketika itu beria-ia menafikan ada sebarang kemasukan wang sejumlah RM2.6 bilion itu menerusi akaun bank peribadinya?

Tidak cukup dengan menafikannya, Najib juga menambah, kalau pun beliau mahu menyamun, tidak mungkin beliau mahu menggunakan akaun bank peribadinya bagi tujuan itu.

Beliau juga mengancam mahu menyaman Wall Street Journal atau WSJ yang mula-mula mendedahkan perkara itu - suatu ancaman pengecut daripada Pahlawan Bugis yang tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.

Hanya setelah pendedahan demi pendedahan dan selepas dirasakan tidak mampu lagi mengelak daripada kebenaran, barulah akhirnya Najib tampil mengakui ada kemasukan wang ke dalam akuan bank peribadinya dengan mendakwa ia adalah sumbangan atau derma daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Soalnya, jika benar wang tersebut merupakan derma daripada Raja Abdullah, mengapakah Najib menafikannya pada peringkat awal itu serta mengancam untuk menyaman WSJ?

Mengapa tidak sejak awal-awal lagi beliau mengakuinya sebagai derma?

Bukankah ini menunjukkan sejak awal lagi Najib sebenarnya telah pun berbohong kepada kita semua?

Bagaimana agaknya jika selepas pendedahan awal oleh WSJ itu, mereka berhenti setakat itu saja dan tidak terus mendedahkan bukti demi bukti selanjutnya mengenai kemasukan wang melalui akaun peribadinya itu?

Tidak mustahilkah Najib akan terus berbohong sehingga sekarang dengan menafikan wang tersebut ada dalam akaun bank peribadinya?

Begitu pun, kalau penafian awalnya itu sudah didapati suatu pembohong, tidak mungkinkah pengakuan bahawa wang itu daripada derma Raja Abdullah merupakan suatu pembohongan juga?

Lupakah Najib kepada suatu peringatan yang menyebut, orang yang berbohong sekali, dia akan terus berbohong 1000 kali untuk menutup pembohongannya.

Maka, insaf dan bertaubatlah wahai Najib...awal-awal lagi pun anda sudah berbohong, maka tentulah tidak mustahil berbohong demi berbohong itu sudah menjadi kebiasaan bagi anda.

Kalau awal-awal pun sudah berani berbohong, memang ada munasabahnya ia juga diikuti dengan kebiasaan mencuri dan menjadi penyangak juga.

Untuk itu, memandangkan kes RM2.6 bilion itu sudah dibawa ke mahkamah, sebaiknya Najib menyimpan saja  semua jawapan dan hujahnya di kandang salah untuk diadili oleh hakim-hakim yang bebas lagi bijaksana.

Cuma, dengan akhbar milik UMNO, bahkan mungkin semakin ramai ahli UMNO sendiri tidak lagi mempercayai kata-katanya berhubung penafian wang RM2.6 bilion itu, Najib seharusnya makin menginsafi siapa dirinya sekarang ini.


Kata-katanya hanya tinggal dipercayai oleh golongan pemakan dedak….

KURKKK….KURKKK…ehhh burung punai datang???

Comments