ZAHID, UMNO DAN JENAYAH KEBODOHAN???



Sudah tiba masanya kerajaan  mengkaji bagi menggubal satu undang-undang baharu iaitu menjadikan kebodohan itu sebagai satu kesalahan jenayah.

Ini disebabkan mutakhir ini terlalu ramai penjenayah kebodohan ini telah menggunakan kebodohan mereka untuk melakukan kemusnahan terhadap minda masyarakat.


Mereka yang banyak melakukan jenayah berkenaan ketika ini ialah orang-orang politik serta pengikut-pengikutnya demi mempertahankan ketua mereka.

Terpulanglah kepada anda untuk menganggap cadangan ini sebagai satu jenaka, tidak masuk akal atau radikal???

Tapi bagi KS, golongan penjenayah kebodohan ini sudah melampau dan akan berleluasa jika tidak dikawal.

Contohnya, puak-puak UMNO kini menggunakan kebodohan bagi mengheret masyarakat agar turut mempunyai taraf pemikiran sama seperti mereka dalam mempersoalkan isu pendakwaan terhadap Presiden mereka, DS Zahid.



KS tidak tahu apakah asas pertikaian mereka hingga menyatakan SPRM tiada halatuju dek kerana melakukan pertuduhan terhadap DS Zahid tanpa terlebih dahulu menyiasat dua syarikat yang dikatakan terlibat iaitu DataSonic dan MyEG.

Pemberian rasuah itu daripada siapa? Individu atau syarikat?..kenapa mereka begitu yakin kalau tidak siasat syarikat lagi maksudnya masih belum boleh didakwa? Mereka tahukah keterangan dan bukti yang sudah terkumpul? Mereka hanya ada andaian bukan fakta.

Jadi janganlah jadi jaguh kampung berpekik terlolong di luar sahaja, tapi menikus apabila berdepan pasukan pendakwaan.

Jika benar tindakan SPRM dan pendakwaan itu sebagai sesuatu yang melanggar perundangan, lawan di mahkamah. Jangan jadi bodoh menghasut orang ramai agar jadi bodoh. Inilah dikatakan jenayah kebodohan.

Itu belum lagi kebodohan menggunakan kanak-kanak untuk mempeluaskan kebodohan mereka. KS enggan komen pasal itu buat masa ini.

Kadang-kadang terbit juga rasa simpati juga dengan puak-puak UMNO ini apabila melihat sikap mereka.

Mungkin mereka tidak tahu atau tidak sedar bahawa Presiden kesayangan mereka itu telah membaham kira-kira RM1.2 bilion demi kepentingan peribadi.

Apa penyokong dapat?? RM 1200 pun dah cukup besar rasanya...

Rasanya puak-puak UMNO pun cukup kenal siapa Chew Ben Ben...maklumlah pencacai-pencacai UMNO ini banyak membalun duit tokey ini hasil projek-projek DataSonic..

Tapi adakah mereka juga dapat sebanyak RM 17 juta sama seperti jumlah untuk membeli saham kepada anak sulong Zahid, Datuk Nurul??

Dalam tidak siasat DataSonic, sudah pelbagai bukti kukuh SPRM temui...jadi eloklah disiasat agar lebih banyak puak-puak penyamun ini dituduh dan dibanyakkan lagi pertuduhan terhadap DS Zahid.

Kalau kurang yakin dengan KS, silalah dapatkan pengesahan dari  Tuan Wan Qouris atau dikenali Wan Badak yang merupakan 'key player' dalam bisnes pemprosesan yuran visa.

Tanyalah dia berkaitan duit yang dapat daripada syarikat One Stop Centre (OSC) yang mendapat projek mengeluarkan Visa Luar negara (VLN).

Syarikat ini dilantik untuk mengeluarkan visa di negara China dan mereka kenakan caj RN105 ringgit bagi setiap pemohon China.

Begitu juga dengan MyEG, katanya SPRM sudah ada senarai nama orang-orang UMNO yang terima duit daripada projek MyEG. Sampaikan ada yang tersenarai sebagai 50 individu terkaya di Malaysia.

Jadi kesimpulannya, simpanlah kebodohan itu tanpa memusnahkan minda orang ramai.


Attachments

😏😎😡

Comments