SPRM HILANG ARAH??? INGAT AZAB KUBUR…JANGAN LAKUKAN SIASATAN TERPILIH!!!




Ingat azab kuburlah wahai pegawai SPRM sekalian.

Kenapa perlu 45 pendakwaan yang perlu dihadapi oleh DS Zahid Hamidi, malah lapan daripadanya paling menjadi sebutan dan bualan, malah menjengkelkan orang ramai.

Kenapa SPRM sangat ‘kejam’ dengan mendedahkan lapan pertuduhan tersebut ialah berkaitan dakwaan menerima rasuah atau suapan daripada syarikat-syarikat yang memperolehi projek dengan Kementerian Dalam Negeri di mana Zahid ketika itu adalah menterinya.

Jumlah wang yang dikaitkan dengan lapan pendakwaan itu berjumlah RM21.25 juta.

Tindakan SPRM itu menyebabkan beberapa macai-macai UMNO kepanasan...malah ada yang tercirit...sanggup menyamakan DS Mohd Shukri Abdull dengan binatang...tidakkah ini sudah melampau???

Macai-macai UMNO mendakwa dan mengatakan pendakwaan terhadap Presiden UMNO itu adalah bermotif politik atau merupakan siasatan terpilih SPRM.

Terpilihkah siasatan SPRM???

Kepada macai-macai UMNO, KS nak tanya, apakah memang menjadi amalan atau perkara biasa bagi seseorang menteri menerima wang daripada syarikat-syarikat yang diberikan projek oleh sesebuah kementerian?

Tidak bolehkah jika mereka tidak menerimanya?

Apakah yang benar-benar mendorong seseorang menteri itu sanggup mengambil wang tersebut, sedangkan ia bukanlah wang yang halal yang sudah tentu bukan sukar pula untuk menentukan halal haramnya?

Apakah seseorang yang menjadi menteri benar-benar memerlukan banyak wang untuk membiayai aktiviti politik mereka?

Ada juga yang mempersoalkan, di manakah keikhlasan para menteri itu dalam memberi khidmat kepada rakyat dan negara jika selain mereka sudah menerima gaji, elaun dan pelbagai kemudahan yang lumayan, tetapi masih sanggup menerima duit suapan daripada syarikat-syarikat yang diberikan kontrak oleh kementerian?

Patutlah para menteri, keluarga dan anak isteri mereka selama ini mampu hidup bergaya dengan pakaian serta barangan berjenama mahal sentiasa melakat di badan sepanjang masa.

Di sebalik itu, apakah menteri-menteri lain atau semua menteri selama ini mengamalkan perkara yang sama?

Untuk itu, demi berlaku adil kepada Zahid dan untuk mengelakkan wujudnya tanggapan bahawa pendakwaan terhadap Presiden UMNO itu bersifat politik atau merupakan pendakwaan terpilih, apa yang berlaku ini harus membuka ruang yang lebih luas…lebih adil dan terbuka kepada SPRM untuk menyiasat semua bekas-bekas menteri era BN dahulu.

SPRM perlu menyiasat kesemua mereka...bukan apa ingat azab kubur seperti ingatan macai-macai UMNO tu…

Siasatlah harta, rumah, kereta, segala kekayaan keluarga, wang dalam simpanan, wang dalam yayasan yang ditubuhkan di kawasan Parlimen masing-masing serta semua syarikat yang pernah diberikan projek ketika mereka menjadi menteri, hendaklah disiasat dengan sedalam-dalam dan setelus-telusnya.

Jika terbukti ada kesalahan atau kecurangan yang dilakukan, maka mereka juga wajar dibawa ke mahkamah untuk diadil sebagaimana Zahid.

Barangkali dengan tindakan tersebut, ia bukan saja dapat membongkar kekayaan hidup para menteri yang selama ini tidak diketahui oleh rakyat, bahkan dapat juga mengikis tanggapan hanya pemimpin tertentu saja yang didakwa di mahkamah.

Jika semua sudah didakwa, di mana lagi boleh dikatakan siasatan SPRM bersifat terpilih?

Lebih daripada itu, tindakan SPRM dalam hal ini turut mampu memberi peringatan kepada menteri-menteri era Pakatan Harapan yang ada sekarang agar mereka juga jangan sesekali berlaku curang dalam tugas dan amanah yang telah diberikan.

Kalau tidak, setelah tidak menjadi menteri nanti, nasib yang serupa juga akan menimpa mereka dan terpaksa berdepan dengan anak cucu untuk membersihkan air muka yang sudah tercalar itu.


KS: SPRM dah ‘sediakan’ baju oren…tak perlulah bazirkan beli baju oren… Kita tengok siapa pula yang tak lepas EXAM SPRM MINGGU INI???

Comments