SEJARAH TERCIPTA BUAT SEORANG PRESIDEN???



Apakah nasib Mr. Presiden, DS Zahid Hamidi hari ini??? Apa pula nasib UMNO selepas ini???

Zahid telah diberi notis supaya hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya hari ini pada jam 3.00 petang untuk soal siasat seterusnya terhadap kes melibatkan dirinya.

Dipercayai soal siasat kali keenam ini akan disusuli dengan pendakwaan di mahkamah pada pagi Jumaat.

Zahid disiasat SPRM berkaitan penyalahgunaan dana Yayasan Akal Budi untuk membayar kad kredit peribadi dan isterinya, selain tentang pertemuannya dengan waris keluarga Diraja Arab Saudi yang dikatakan menderma RM2.6 bilion kepada DS Najib Razak.

Adakah ini bermakna, Zahid bakal bermalam di lokap SPRM pada malam ini di mana dari situ beliau akan terus dibawa ke mahkamah untuk proses pendakwaan???

Jika benar, bermakna Zahid bakal menjadi Presiden UMNO yang pertama dalam sejarah 72 tahun parti itu yang pernah ditahan dilokap SPRM dan seterusnya didakwa di mahkamah.

Ini benar-benar suatu catatan sejarah ‘gemilang’ sepanjang kewujudan UMNO sejak tahun 1946.

Apakah Zahid rela nama UMNO tercemar atas pendakwaan terhadap dirinya atau beliau akan meletakkan jawatan sebelum didakwa di mahkamah Jumaat ini untuk mengelakkan nama UMNO terkait sama dengan kes yang melibatkan dirinya?

Jika sebelum ini, Najib telah pun lebih dulu mencipta sejarah sebagai bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO yang pertama pernah didakwa di mahkamah.

DS Rosmah Mansor pula mencipta sejarah sebagai isteri bekas Perdana Menteri pertama yang pernah didakwa di mahkamah.

Najib dan Rosmah sehingga ini sudah dihadapkan dengan 49 pertuduhan di mahkamah dan dipercayai lebih banyak pertuduhan lagi bakal menanti mereka berdua.

Bagaimanapun, oleh kerana Najib bukan lagi sebagai Perdana Menteri serta sudah melepaskan jawatan Presiden UMNO ketika didakwa di mahkamah, nama parti itu tidaklah begitu tercemar berbanding kedudukan Zahid yang masih memegang jawatan Presiden UMNO ketika kesnya dijangka disebut di mahkamah pada Jumaat ini.

Apa pilihan Zahid? Selamat ber'check-in' di Hotel SPRM...


KS: Mana bukti  wang rampasan RM116.7 juta itu duit UMNO itu Wak Jahid??? Kalau tiada bukti…sahlah tu wang rakyat…jadi wajarlah wang tersebut disalurkan untuk kebajikan rakyat…

Comments