RULE OF LAW: SIAPA YANG AKAN "BERSENANG-SENANG"…DAN PURA-PURA BERSENANG LENANG???





The Rule of Law...

Of course, there will be more action taken against other individuals…

We can't bring many individuals to court at the same time…

We will do it one by one…

Hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan akan ada ramai lagi bekas menteri dari cabinet yang lepas bakal diheret ke muka pengadilan.

Berucap di hadapan ahli Dewan Perniagaan Malaysia-Thailand (MTCC) di Bangkok, kerajaan hari ini akan berterusan memerangi rasuah, salah guna kuasa atau kesalahan lain yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Katanya, tindakan itu selari dengan prinsip kerajaan hari ini yang mahu bertindak berlandaskan kedulatan undang-undang.

Pagi ini, bekas Perdana Menteri, DS Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan TS Mohd Irwan Serigar Abdullah berdepan dengan enam pertuduhan pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia berjumlah RM6,636,065,000.

Bagi pertuduhan pertama, Najib dan Irwan Serigar didakwa bersama-sama sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia masing-masing dalam kapasiti tersebut telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta itu iaitu sejumlah RM1.2 billion milik kerajaan Malaysia telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta berkenaan.

Mengikut pertuduhan kedua, Najib dan Irwan Serigar didakwa bersama-sama atas jawatan sama yang telah diamanahkan dengan harta sejumlah RM655 juta milik Kerajaan Malaysia, telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta tersebut.

Bagi pertuduhan ketiga mereka didakwa bersama-sama atas jawatan serupa telah melakukan pecah amanah iaitu sejumlah RM220 juta, peruntukan di bawah “Belanja Mengurus di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 021700 KL International Airport Berhad (KLIAB)”, milik Kerajaan Malaysia.

Kedua-dua tertuduh juga didakwa bersama-sama atas jawatan sama telah melakukan pecah amanah sejumlah RM1.3 bilion, peruntukan di bawah “Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 020500 Subsidi Dan Bantuan Tunai”, milik Kerajaan Malaysia.

Bagi pertuduhan kelima dan keenam, mereka didakwa bersama-sama atas jawatan serupa melakukan pecah amanah sejumlah CNY1,950,000,000 (bernilai RM1,261,065,000) dan RM2 bilion milik Kerajaan Malaysia.

Najib dan Irwan Serigar dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia,Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 21 Dis 2016 bagi pertuduhan pertama dan kedua, pada 3 Ogos 2017 pertuduhan ketiga manakala pertuduhan keempat hingga keenam pada 10 Ogos 2017, 23 Ogos 2017 dan 18 Dis 2017.

Apa yang nyata pertuduhan ini ada asas dan berfakta…dan bukannya kes "bersenang-senang"…

KS: Kita tunggu perbicaraan kita tengok siapa yang "bersenang-senang"… siapa pulak yang tak senang duduk…Next week giliran siapa pula??? Apa khabar team wayang kulit SPRM??? Dah sediakan list nama kabinet baru SPRM ke??? Jangan asyik bermimpi di siang hari…risau kemarau panjang nanti…




Comments