MANA SATU ADA DALAM HATI KITA???




Selepas DS Najib Razak yang setakat ini sudah berdepan dengan 32 pertuduhan di mahkamah, kini isterinya, Rosmah Mansor pula menerima nasib yang sama  berdepan dengan 17 pertuduhan.

Ketika hadir memberi keterangan di Bangunan SPRM Putrajaya sejak pagi, pada jam 3.20 petang semalam, Rosmah ditahan oleh agensi anti rasuah itu.

Ini bermakna Rosmah telah bermalam di lokap SPRM sebelum dibawa ke mahkamah hari ini untuk menghadapi 17 pertuduhan berkaitan penggubahan wang haram.

Pertuduhan 1
Bahawa kamu pada 4 Disember 2013, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM200,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 2
Bahawa kamu pada 16 Disember 2013, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM100,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 3
Bahawa kamu pada 23 Disember 2013, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM200,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 4
Bahawa kamu pada 28 Januari 2014, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM100,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 5
Bahawa kamu pada 29 Januari 2014, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM100,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 6
Bahawa kamu pada 28 Februri 2014, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM200,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 7
Bahawa kamu pada 14 Mac 2014, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM100,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 8
Bahawa kamu pada 8 April 2014, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM100,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 9
Bahawa kamu di antara 4 September dan 22 Disember 2014, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melakukan kesalahan dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam lapan transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM1,604,450 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 10
Bahawa kamu di antara 21 Januari 2015 dan 12 Disember 2015 di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melakukan kesalahan dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam 127 transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM3,863,300 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 11
Bahawa kamu antara 28 Januari 2016 dan 7 November 2016, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melakukan pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam 87 transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM510, 000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 12
Bahawa kamu antara 29 Mac 2017 dan 8 Jun 2017, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melakukan kesalahan pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam lima transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM30,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Pertuduhan 13 (LHDN)
Bahawa kamu pada 1 Mei 2014, di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim , di Kuala  Lumpur telah melibatkan diri dalam melakukan pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan gagal membuat suatu penyata bagi pendapatan berjumlah RM500, 000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu di antara 4 Disember 2013 dan 23 Disember 2013 sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) untuk kamu mengemukakan suatu penyata bagi Tahun Taksiran 2013 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014 dengan tiada sebab yang munasabah, bertentangan dengan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Pertuduhan 14 (LHDN)
Bahawa kamu pada 1 Mei 2015, di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di Kuala  Lumpur telah melibatkan diri dalam melakukan pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan gagal membuat suatu penyata bagi pendapatan berjumlah RM2,204,450 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu di antara 28 Januari 2014 dan 22 Disember 2014 sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) untuk kamu mengemukakan suatu penyata bagi Tahun Taksiran 2014 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2015 dengan tiada sebab yang munasabah, bertentangan dengan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Pertuduhan 15 (LHDN)
Bahawa kamu pada 1 Mei 2016, di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di Kuala  Lumpur telah melibatkan diri dalam melakukan pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan gagal membuat suatu penyata bagi pendapatan berjumlah RM3,853,300 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu di antara 21 Januari 2015 dan 12 Disember 2015 sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) untuk kamu mengemukakan suatu penyata bagi Tahun Taksiran 2015 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2016 dengan tiada sebab yang munasabah, bertentangan dengan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Pertuduhan 16
Bahawa kamu pada 1 Mei 2017, di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di Kuala  Lumpur telah melibatkan diri dalam melakukan pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan gagal membuat suatu penyata bagi pendapatan berjumlah RM510,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu di antara 28  Januari 2016 dan 7 November 2016 sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) untuk kamu mengemukakan suatu penyata bagi Tahun Taksiran 2016 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2017 dengan tiada sebab yang munasabah, bertentangan dengan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Pertuduhan 17 (TERAKHIR)
Bahawa kamu pada 1 Mei 2018, di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di Kuala  Lumpur telah melibatkan diri dalam melakukan pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan gagal membuat suatu penyata bagi pendapatan berjumlah RM30,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu di antara 29 Mac  2017 dan 8 Jun 2017 sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) untuk kamu mengemukakan suatu penyata bagi Tahun Taksiran 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2018 dengan tiada sebab yang munasabah, bertentangan dengan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.



Sebagaimana Najib yang merupakan bekas Perdana Menteri pertama dalam sejarah negara didakwa di mahkamah, Rosmah juga mencatat sejarah sebagai isteri bekas Perdana Menteri yang pertama didakwa di mahkamah.

Apa agaknya perasaan rakyat Malaysia dengan penahanan dan pendakwaan terhadap Rosmah ini?

Syukur Alhamdulillah?

Suka?

Sudah sepatutnya?

Kesian dan simpati?

Tak patut?

Peluang untuk muhasabah?

Yang mana satu ada dalam hati kita?

Comments