FIKIRKANLAH KEPADA RAKYAT DAN NEGARA!!!



Hari ini 11 Oktober…Duit dah habis??? Nak guna duit mana lagi???

Almaklumlah DS Najib Razak dan DS Rosmah Mansor sehingga ini sudah dihadapkan dengan 49 pertuduhan di mahkamah berkaitan skandal SRC International, RM2.6 bilion dan 1MDB.

Daripada jumlah itu, Najib berdepan 32 pertuduhan, manakala selebihnya iaitu 17 pertuduhan adalah melibatkan Rosmah.

Dengan pertuduhan sebanyak itu, wang jaminan yang terpaksa dibayar oleh kedua-dua mereka ialah sebanyak RM6.5 juta.

Baru-baru ini, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa mengeluh kerana ibu dan bapanya terpaksa menggunakan wang simpanan peribadi dan meminta bantuan saudara mara untuk membayar ikat jamin, selain bagi bayaran yuran guaman yang turut dipercayai berjumlah berjuta-juta juga banyaknya.

Beberapa bulan kebelakangan ini adalah masa yang sangat mencabar bagi emak dan ayah, kata beliau.

Sebenarnya, tiada apa yang perlu dikeluhkan sangat oleh anak Najib yang dikenali dengan panggilan Gina itu.

Apa yang dilalui oleh ayah dan ibunya adalah proses biasa bagi sesiapa juga yang berdepan dengan tindakan mahkamah, malah orang lain ada yang lebih sengsara lagi.

Jika bukan menggunakan wang simpanan dan meminta bantuan saudara mara, apakah ada cara lain lagi?

Apakah anak Najib mengharapkan ada sesiapa yang sudi menolong untuk membayarkan wang jaminan dan yuran guaman untuk ayah dan ibunya?

Tetapi, bukankah Najib dan Rosmah masih dikira beruntung kerana sehingga ini tetap mampu membayar ikat jamin dan melunaskan yuran guamannya?

Sekurang-kurangnya ia bermakna Najib ada wang simpanan yang banyak dan ramai saudara-mara yang sudi membantunya.

Bayangkan orang lain yang tiada simpanan dan tidak ada juga saudara-mara yang mahu membantu di mana akhirnya mereka terpaksa bermalam di lokap menunggu hari perbicaraan.

Untuk itu, tak usahlah beliau mengeluh dan cuba meminta simpati, tambahan lagi skandal 1MDB yang melibatkan ayah dan ibunya itu telah menjadi sebutan di seluruh dunia.

Fikirkanlah sama kesan skandal 1MDB itu kepada rakyat dan negara yang mungkin bertahun-tahun terpaksa menanggung bebannya.

Comments