EXAM SPRM LAGI BUAT NAJIB???



Exam SPRM lagi ke? Bekas Perdana Menteri, DS Najib Razak, semalam dikhabarkan dipanggil sekali lagi bagi memberikan keterangan kepada SPRM.

Dikatakan Najib dipanggil bagi membantu siasatan berkaitan pembayaran hutang dana pelaburan 1MDB kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Malah Najib dipanggil untuk membantu siasatan kes berkenaan berikutan terdapat penemuan baharu dalam siasatan 1MDB yang masih aktif dijalankan.

Siasatan terbaru SPRM berkaitan IPIC ini mempunyai kaitan dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, TS Noor Rashid Ibrahim mendedahkan, siasatan polis mendapati sejumlah RM2,973 bilion telah dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Katanya, kemasukan wang itu disalurkan melalui 132 transaksi dengan menggunakan tiga firma iaitu Good Star, Aabar dan Tanore Finance.

Alamak...ingatkan hanya RM2.6 bilion, rupa-rupanya jumlah wang yang pernah diterima Najib berjumlah hampir RM3 bilion atau RM3,000 juta banyaknya.

Patutlah, kata makcik bawang,  boleh "cash is king" di sana sini dan di kediamannya pula macam ada sebuah kedai emas dan permata!

Siapakah pemilik ketiga-tiga firma iaitu Good Star, Aabar dan Tanore Finance itu?

Good Star adalah dimiliki oleh Jho Low yang hasil penyiasatan mendedahkan ia pernah menerima sejumlah AS$1.03 bilion daripada dana 1MDB.

Aabar Investment PJS pada asalnya adalah anak syarikat IPIC yang kemudian dipalsukan menjadi Aabar BVI dan pernah dibayar bon keselamatan oleh 1MDB sebanyak AS$1,367 bilion.

1MDB dan IPIC mengikat kerjasama untuk pengeluaran bon yang kemudian dibawa untuk penyelesain di mahkamah timbangtara, tetapi kemudiannya 1MDB setuju menyelesaikannya di luar mahkamah dengan bayaran sebanyak AS$1.2 bilion.

Pengarah Aabar BVI ialah Khadem Abdullah al-Qubaishi dan Ahmed Badawi Al-Husainy yang turut mempunyai jawatan dalam syarikat Aabar yang sah, tetapi dipecat kemudiannya.

Tanore Finance pula adalah kepunyaan Jho Low bersama Eric Tan Kim Loong, bahkan dikatakan Jho Low juga kerap menggunakan nama Eric Tan Kim Loong itu sebagai samarannya.

Tanore Finance paling diingati kerana kemasukan wang sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib yang kerapkali disebut sebagai derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi adalah melalui firma tersebut.

Dengan pengesahan pihak polis bahawa sejumlah RM2,973 bilion telah dimasukkan ke akaun peribadi Najib menggunakan tiga firma tersebut dan melalui 132 transaksi, tentulah dengan mudah kita dapat mengagak daripada manakah punca asal kesemua wang yang pernah diterima oleh bekas Perdana Menteri itu.

Jika benar derma itu daripada Raja Abdullah yang telah mangkat pada 2015 lalu, mengapakah ia dimasukkan melalui syarikat Jho Low?

Apakah Raja Abdullah dan kerajaan Arab Saudi begitu lekeh sehingga tidak menggunakan bank daripada Arab Saudi atau firma-firma kepunyaan Pak Arab yang lain untuk menyalurkan wang tersebut?

Mengapa mesti menggunakan firma kepunyaan Jho Low?

Pernahkah kita dengar Raja Abdullah ada sebarang hubungan dengan Jho Low?

Sementara itu, jika kita masih ingat, SPRM sendiri pernah mendedahkan bahawa mereka telah menemui kerabat Diraja Arab Saudi yang dikatakan menderma RM2.6 bilion kepada Najib itu.

Sungguh menghairankan, jika benar ada derma diberikan menggunakan Tanore Finance, kenapa tiada dokumen boleh dibuktikan?

Takkan derma berbilion ringgit - bukan sekupang dua - langsung tiada slip, dokumen atau apa-apa bukti dalam simpanan putera Raja Arab Saudi itu?

Akhirnya, masihkah kita mahu percaya kata-kata Najib yang bertegas wang RM2.6 bilion itu merupakan derma daripada Raja Arab Saudi atau beliau perlu diingatkan, "sudah-sudahlah membuat rekaan cerita dongeng".

KS:  Belajar-belajar lalu jalan belakang, jangan main tikam belakang sudah.

Comments