CORETAN KHAS HUJUNG MINGGU: JANGAN BIARKAN SESEKALI SPRM DISERET…BERGELUT DALAM GELANGGANG POLITIK….!!!



Apa sebenarnya yang mereka mahu? Itulah persoalan yang bermain di fikiran… apabila ‘serangan demi serangan’ dilancarkan ke atas SPRM sejak kebelakangan ini.

Kecaman mula dilemparkan kepada SPRM apabila ada kelibat orang politik yang ditahan dan didakwa.

Peliknya apa sahaja tindakan dilakukan SPRM tanpa memilih bulu atau parti mana diwakili oleh individu tersebut,  SPRM terus menjadi sasaran serangan.

Kenapakah tidak membiarkan sahaja SPRM menjalankan tugasnya?

Tindakan SPRM berdasarkan fakta dan bukti…

KS nasihatkan kepada semua penyokong politik..tidak kiralah sesiapapun… Kalau benar semua benci rasuah dan salah guna kuasa serta ada dalam kalangan mereka sering menggambarkan merekalah paling bersih di muka bumi Allah ini, kenapakah mahu mengganggu dan mempersoalkan siasatan SPRM?

Yang ditahan SPRM bukannya terus dihantar ke penjara sebaliknya mereka disoal siasat dan jika cukup bukti akan didakwa dan di mahkamah mereka berpeluang membela diri dengan barisan peguam yang hebat-hebat belaka.

Jadi, kenapakah mahu bising, mempersoalkan tindakan SPRM?

Kenapakah mahu memberi tekanan kepada agensi itu seolah-olah apa yang sedang dilakukan oleh SPRM tidak betul?

Hormatilah tugas SPRM. Bagi KS, agensi tersebut menjalankan tugas dengan profesional demi melaksanakan amanah rakyat bagi memerangi rasuah dan salah guna kuasa habis-habisan.

Paling malang sekali bila adanya politik dalaman SPRM sendiri...Ada yang masih suka menjadi lalat-lalat...punaisihat dan geng wayang kulit yang menjadi hantu politik yang sebenarnya menjadi barah kepada SPRM.

Janganlah bersikap hipokrit bercakap berdegar-degar di depan rakyat kononnya mahu memerangi rasuah dan mempolitikkan statistik rasuah bagi mencari keuntungan politik, tetapi apabila SPRM bertindak terlompat-lompat pula macam kera kena belacan! Boleh bayangkan lalat menjadi kera mendapat belacan???

SPRM menjalankan tugasnya secara profesional dan berhemah. Semua tindakan dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang dan sama sekali tiada kaitan dengan politik…

Kepada Team Lalat....Janganlah cuba sesekali mengajak apatah lagi mengheret agensi itu untuk ‘bergelut’ dalam gelanggang politik….

Apa pun kepada SPRM teruskanlah perjuangan membanteras rasuah dan salah guna kuasa.

Biarlah orang politik dan team lalat dengan sandiwara mereka.

Biarlah rakyat menilai mereka khususnya yang semakin ramai mahu menjadi ‘badut politik’ dan ayam jantan berkokok kuat tetapi ekor bergelumang tahi atau ayam betina telur sebijik riuh sekampung.

KS: Sayangi SPRM! Hapuskan Lalat!!!


Comments