#TERKEJUT SI MUNAFIK: TAUBATLAH DARI MENGHASUT ORANG DENGAN MENJAJA CERITA FITNAH!!!



Ikhlas KS katakan pada hari ini SPRM menempuh pelbagai cabaran namun sama ada mahu diakui tidak, nama agensi itu semakin digeruni apabila DS Shukri Abdull mengambil alih teraju kepemimpinannya dengan dibantu oleh Timbalannya, DS Azam Baki.

Pendekatan SPRM yang dilihat tegas, drastik dan disulami elemen-elemen #Terkejut memungkinkan SPRM kini dianggap agensi paling digeruni sehingga ada yang masih #Terkejut dengan tindakan SPRM.

Kerana terlampau #Terkejut Si Munafik2 itu, maka tidak hairanlah sejak kebelakangan ini, SPRM mula ‘diserang’ dan sudah tentulah sasaran serangan ‘ditujukan khas’ kepada Ketua Pesuruhjayanya dan TKP SPRM, yang menjaga sayap operasi SPRM.

Jelas pelbagai taktik kotor dan jijik digunakan dengan harapan mewujudkan kesangsian atau persepsi dalam kalangan rakyat terhadap peribadi dan kredibiliti SPRM. Jika dulu Shukri Abdull yang menjadi sasaran kini giliran Azam Baki pula difitnah.

Perbuatan jahat itu dilakukan kerana mereka semakin ‘#Terkejut’ berikutan tindakan agresif SPRM yang  bertindak tanpa memilih bulu.

Agenda jahat tersebut tidak boleh dibiarkan berjaya kerana ia akan memusnahkan impian serta harapan rakyat yang kini begitu menyanjungi ketegasan SPRM.

Selama ini Si Munafik2 ini tidak melihat tindakan sebegitu tegas dilakukan oleh SPRM.

Jika mengkaji satu demi kes yang telah dikejutkan oleh SPRM sejak kebelakangan ini, kita akan berasa gerun melihat bagaimana rasuah bagaikan virus yang kini meresapi tidak kiralah dari seorang bekas Perdana Menteri hinggalah kepada pengawal keselamatan.

Adakah si munafik2 ini terlampau #Terkejut melihat usaha SPRM ini?      

Lebih keji si munafik2  ini, bila ada sekutu politik mereka ditahan dan didakwa, mulalah nada mereka mencaci dan menajiskan SPRM.

Malah SPRM tidak semena-mena mula mahu diseret secara perlahan-lahan untuk terlibat dalam polemik politik sedangkan apa juga yang dilakukan oleh agensi itu adalah berdasarkan kepada bukti, bukannya semberono.

SPRM bukan ahli politik, mereka tidak tahu berpolitik dan SPRM bukan parti politik.

Bagi KS, SPRM lakukan kerana mahu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya. Misi itu hanya boleh tercapai jika agensi itu tidak ganggu apatah lagi diseret dalam sebarang kontroversi atau polemik.

Tidak perlu membuat kenyataan yang seolah-olah mahu memperkecilkan kewibawaan dan kemampuan agensi tersebut.

SPRM perlu kuat…Jangan pedulikan apa jua tafsiran dan persepsi yang wujud. Percayalah, rakyat masih sayangkan SPRM!!!

SPRM tidak harus dilemahkan melalui fitnah dan tohmahan. Jika itu berlaku maka bergembiralah Si Munafik2 dan sekutu mereka.

Nota Kaki: Catatan panjang kerana masih banyak lagi yang perlu dilakukan dalam usaha untuk memastikan rasuah tidak terus menghantui negara.

Comments