#TERKEJUT!!! GILIRAN SHAFEE PULA DIDAKWA???



Hari ini ramai yang #Terkejut, mana tidak #Terkejutnya, Peguam utama yang mewakili DS Najib Razak, TS Muhammad Shafee Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas empat pertuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri itu  kira-kira lima tahun lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan pertama dan kedua, Shafee didakwa menerima bayaran hasil daripada aktiviti haram melalui sekeping  cek RM4.3 juta dan RM5.2 juta milik Najib pada 13 September 2013 dan 17 Februari 2014.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, tertuduh itu juga didakwa membuat satu penyata yang tidak betul dengan meninggalkan pendapatan yang diterima pada tarikh-tarikh tersebut di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jalan Duta di sini pada  3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015.

Shafee didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda atau nilai aktiviti haram atau RM5 juta mengikut mana yang lebih tinggi.

Sebelum ini juga, pada 7 September lalu, DS Anwar Ibrahim berkata, pasukan peguamnya sudah menyerahkan afidavit yang ditandatangani oleh pegawai Jabatan Peguam Negara mengesahkan dakwaan pembayaran dibuat kepada Muhammad Shafee.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya, Anwar berkata, pembayaran sebanyak RM9.5 juta itu dibuat oleh DS Najib Razak antara September 2013 sehingga Februari 2014.

“Umum mengetahui bahawa Muhammad Shafee bertindak sebagai pendakwa raya khas dalam rayuan terhadap pembebasan saya bermula Julai 2013 sehingga selesai di Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015.

“Saya mengulangi bahawa Shafee tidak sepatutnya dibenarkan bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan itu. Pelantikan seorang pendakwa raya bukanlah amalan biasa bagi Peguam Negara dan lebih ganjil lagi yang dilantik itu seorang kenalan rapat Najib,” katanya.

Terkejutnya, sehari kemudian, Shafee menafikan menerima bayaran RM9.5 juta daripada akaun bank peribadi Najib dan menjelaskan beliau sudah menafikan tuduhan berkenaan seperti direkodkan dalam afidavit pada 3 Ogos 2017 dalam kes saman Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kes ini menjadi lebih menarik untuk dibicarakan bagi membuktikan kepada semua pihak sama ada siapa yang benar dan siapa yang salah??? Tapi AG jangan tarik kes lagi nanti ramai yang #Terkejut lagi.

Satu je KS nak cakap... Ramai #Terkejut...

NOTA KAKI: ONE MORE DOWN…MORE TO GO!!! ONE TWO JAGA-JAGA…



Comments