POLIS ENTRY ONE TO JAGA…SPRM ENTRY BAIK JAGA-JAGA!!!



Kejadian pelik dan ganjil yang barangkali tidak pernah berlaku di mana-mana negara lain di dunia ini. Mungkin boleh difilemkan seperti filem ‘Pulang’.

Selain pelik dan ganjil, orang juga mungkin hairan mengapa ia berlaku di Pejabat Perdana Menteri - suatu premis yang tidak sepatutnya kejadian seperti itu boleh berlaku.

Pada malam 9 Mei lalu di mana BN tewas pada malam tersebut, sekumpulan 17 pengawal keselamatan di Pejabat Perdana Menteri telah memasuki pejabat DS Najib Razak dan mencuri wang RM3.5 juta yang dipercayai merupakan sebahagian daripada dana pilihanraya.

Mereka menyapu kesemua wang yang ditemui itu dan membahagi-bahagikannya sesama sendiri.

Kesemua suspek kini ditahan reman untuk penyiasatan berikutan SPRM mula mengesannya apabila mendapati  mereka mula menayang kemewahan selepas pilihanraya umum lalu.

Sehingga kini SPRM telah merampas wang berjumlah RM1.19 juta, tujuh buah kereta , 12 buah motosikal, lima bentuk cincin, seutas gelang, empat utas rantai, 11 unit telefon bimbit serta perkakas elektrik.


Selain kejadian ini umpama kata pepatah - harapkan pagar, pagar makan padi - lebih daripada itu ia juga memberi maksud yang lebih mendalam lagi jika dikaitkan dengan pelbagai dakwaan yang berlaku kepada Najib selama ini.

Sejak meletusnya skandal SRC International, RM2.6 Bilion dan 1MDB, Najib seringkali dituduh sebagai pencuri, khususnya oleh Tun Mahathir Mohamad.

Terbaru Najib mendakwa dana RM3.5 juta yang dicuri itu milik oleh UMNO???

Meskipun Najib mengatakan wang tersebut merupakan wang UMNO, hakikatnya sukar untuk sesiapa mempercayainya.

Betul ke duit itu duit UMNO ataupun duit daripada 1MDB???

Tidak dinafikan bahawa skandal 1MDB dan kaitan Najib dengan wang yang ditemui yang dianggap sebagai wang curi adalah penyumbang utama kepada kekalahan BN dalam pilihanraya lalu.

Rakyat dan pengundi secara umumnya tidak rela berterusan mempunyai seorang Perdana Menteri yang dikaitkan dengan dakwaan mencuri, lebih-lebih apabila adanya ratusan jutaan ringgit dirumah.

Apabila berlaku kejadian 17 pengawal keselamatan mencuri wang di pejabat Najib, persoalan yang tentu bermain di fikiran ramai ialah mengapakah mereka tergerak hati untuk melakukan perbuatan itu?

Bagaimana mereka tahu ada wang yang banyak di pejabat Najib?

Adakah mereka melakukannya kerana percaya wang yang dicuri itu juga adalah wang curi???

KS: Lapor diri lagi kat SPRM ke Datuk Seri??? Jangan sampai tak sempat raya korban.




Comments