MACAM HANDPHONE ROSAK....ASYIK NAK KENA 'CHARGE' JER!!!



Pagi ini Bekas perdana Menteri, DS Najib Razak sekali lagi didakwa di Mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM42 juta ke dalam akaun miliknya.

Bagi pertuduhan pertama, Najib didakwa menerima wang berjumlah RM27 juta hasil daripada aktiviti haram melalui Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) ke dalam akaun miliknya di Bank AmIslamic.

Manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Najib didakwa menerima wang berjumlah masing-masing berjumlah RM5 juta dan RM10 juta di tempat dan cara yang sama.

Bagi ketiga-tiga perbuatan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001.

Mahkamah hari ini juga membenarkan permohonan supaya tiga pertuduhan hari ini dibicarakan bersama dengan empat lagi pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa di Mahkamah Tinggi, atas tiga tuduhan melakukan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.


Apa yang berlaku kepada Najib pagi ini adalah pertama kali tercatat dalam sejarah negara di mana seorang bekas Perdana Menteri diheret ke mahkamah buat kali kedua atas beberapa kesalahan jenayah yang memungkinkannya merengkok dalam tempoh yang lama di penjara.

Meskipun barangkali ada yang bersimpati dan menyifatkan pendakwaan terhadap Najib lebih bersifat dendam atau bermotif politik, sebenarnya jika diimbas kembali, itulah yang seharusnya dilakukan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Secara umumnya semua orang sedar bahawa salah laku Najib dan keluarganya berkaitan SRC International ini, disertai pula gaya hidup mewah, pembaziran dan segala macam onar lainnya adalah paling dahsyat dalam sejarah negara dan tidak pernah berlaku dalam mana-mana era kepimpinan terdahulu.


Oleh itu, tidak perlu bagi rakyat sebagai pembayar cukai yang dibebankan dengan pelbagai kenaikan kos sebelum ini, tiba-tiba mahu bersimpati atau menzahirkan rasa kesian terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Apa yang berlaku sekarang adalah kerana rakyat sendiri berkehendakan demikian dengan kesatuan hati untuk negara terus bergerak ke hadapan dan menuju pemulihan yang sebenar-benarnya.

Ini hanyalah permulaan sahaja. Ini baru tentang SRC International, belum lagi isu derma RM2.6 bilion dan 1MDB.

KS: TS Dzul tak jadi datang ke mahkamah ke hari ini??? Sibuk meeting dan susun fail barangkali.

Comments