INTAI KASIH…KETAGIH SIMPATI???


Satu demi satu  episod pembongkaran semula skandal-skandal rasuah mega yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Jika dulu, kerajaan yang berkuasa begitu menggila menutup segala kemungkaran mereka dengan bantuan pihak-pihak tertentu, kini perkara itu mustahil boleh dilakukan.

Tangan dan kaki mereka kini sudah ditambat...Kini tiba masa penyamun-penyamun bersama konco-konconya pula diheret kemuka pengadilan.

Siasatan rompakan 1MDB dan dana RM2.6 bilion dan rasuah-rasuah mega lain 100% telah diaktifkan.

Ingat!..tindakan ini bukan dendam kesumat tapi keadilan buat rakyat yang telah merana akibat kerakusan penyamun-penyamun tersebut.

Tapi malangnya, bagi konco-konco yang sebenarnya sudah kecut perut dan cuba mengelirukan semua pihak dengan membuat pelbagai cerita palsu.

Konco-konco lupa, sebenarnya hari ini SPRM di bawah kepemimpinan KP SPRM, DS Shukri Abdull telah mewujudkan satu kesedaran luar biasa dalam kalangan rakyat berhubung perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.

Kalau mahu dilihat dari setiap sudut tindakan yang telah dilaksanakan oleh SPRM sememangnya ramai berada dalam keadaan ‘ketagih simpati’.

Tidak hairanlah sejak kebelakangan ini, SPRM mula ‘diserang’ dan sudah tentulah sasaran serangan ‘ditujukan khas’ kepada KP SPRM sendiri.

Taktik kotor dan jijik tersebut digunakan dengan harapan mewujudkan kesangsian atau persepsi dalam kalangan rakyat terhadap peribadi dan kredibiliti SPRM.

Perbuatan jahat itu dilakukan kerana mereka semakin ‘intai kasih’ berikutan tindakan agresif yang memastikan SPRM bertindak tanpa memilih bulu.

KS: Teringin hendak sambung belajar....dengar-dengar ramai sumber dalaman SPRM 'sambung belajar'...sambung belajar sebab apa itu???

Comments