TETAP HARI SELASA!!! BUKAN EXAM SRP…BUKAN SPM MAHU PUN STPM TAPI EXAM SPRM!!!



SPRM kecoh lagi, semalam dilaporkan SPRM akan memanggil DS Rosmah Mansor ke ibu pejabatnya di Putrajaya Selasa minggu depan bagi membantu siasatan isu skandal SRC International.

Menurut notis SPRM itu, isteri bekas Perdana Menteri DS Najib Razak perlu hadir pada jam 11 pagi bagi merekodkan keterangannya.

Minggu lalu, SPRM menyoal-siasat Najib dua kali berhubung kes SRC International itu.

Seingat KS pada 2015, SPRM telah mengendalikan kes yang berkaitan dengan SRC International berhubung dana yang mengalir masuk ke akaun bank peribadi Najib.

Pada masa itu, laman web Sarawak Report mendakwa terdapat beberapa kad kredit yang digunakan berkait dengan akaun peribadi tersebut.

SRC International telah memperoleh dua pinjaman RM2 bilion berasingan daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP pada tahun 2011 ketika SRC masih lagi menjadi anak syarikat 1MDB dan pada tahun 2012 selepas ia diserap oleh Kementerian Kewangan.

Dana pinjaman tersebut dibelanjakan untuk pelbagai pelaburan di luar negara.

Pentadbiran Najib tidak mengumumkan jika mana-mana pelaburan ini telah menghasilkan hasil.

Jika dibaca laporan Malaysiakini pada Rabu lalu, SRC International tidak mampu membayar hutang dan asetnya tidak dapat menghasilkan pulangan yang diperlukan bagi membayar pinjaman RM4 bilion daripada KWAP.

Oleh itu, Kementerian Kewangan pula yang kena buat bayaran pada KWAP.

KS: Hari Ini hari Sabtu ...esok Ahad....lusa Isnin....lepas itu Selasa....Hari Selasa ada periksa SPRM lagi.

Comments