SATU ATAU DUA PILIH AKU ATAU DIA YANG ENGKAU SUKA???



Semalam 11 Syawal, kita dikejutkan dengan berita seorang bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak direman tujuh hari bagi membantu SPRM berhubung siasatan skandal kes 1MDB.

Difahamkan suspek berstatus ‘Datuk’ yang berusia 42 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM.

Dikatakan juga suspek juga adalah pemilik bersama syarikat yang membangunkan aplikasi mudah alih Najib yang diterbitkan sekitar dua tahun lalu dan didakwa telah menerima RM 67.9  juta.




Datuk ini juga dikatakan pernah berkhidmat dengan Bank Negara sebelum dilantik sebagai pegawai khas kepada Najib pada 2009. Beliau meletakkan jawatan pada 5 Jun lalu.

KS: Seorang lagi bekas pegawai khas kepada DS Najib Razak dan yang juga bekas pengarah bahagian yang memantau telekomunikasi katanya turut dipanggil??? Siapakah dia??? Katanya banyak juga jawatannya dalam GLC tertentu…Masyukkk!!!

Comments