RASUAH…SIKAP!!! APA KAITAN???


Berapa lamakah kita perlu untuk hapuskan rasuah dinegara kita ini.

Jawapan KS senang…kita memerlukan satu generasi.

Rasuah ini orang putih panggil 'moral hazard'. Ia tak ada kaitan dengan tahap pembangunan negara, cuaca, jenis pemerintahan atau apa jua pun.

Ia adalah sesuatu yang berkait dengan sikap.

Sikap ni, kalau nak dapat yang betul, kita kena asah sendiri.

Kalau masyarakat ada sikap yang betul, kita tak perlu banyak undang-undang untuk kawal kehidupan kita.

Itu sebabnya walaupun macam-macam undang-undang ada pun, masih ada yang amalkan rasuah.

Sikap mereka ini salah. Itu sebab di China, mereka tembak saja pengamal rasuah ni. Kerana jika sikap yang basic tu pun tak ada, lebih baik mati saja dari menyusahkan orang lain.

KS: Tahniah diucapkan kepada TS Abu Kassim Mohammed kerana dilantik sebagai Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC). Katanya GIACC ini bertanggungjawab dalam merancang, menggubal strategi dan menilai polisi dalam memastikan semua urusan kerajaan dilaksanakan berteraskan tadbir urus baik, integriti dan tiada toleransi kepada perbuatan rasuah. Kerajaan hari nin juga telah mewujudkan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) bagi mengantikan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK). JKKMAR akan berperanan dalam penentuan dasar dan hala tuju governans, integriti dan antirasuah di negara ini melalui kerangka Pelan Anti-Rasuah Nasional atau National Anti-Corruption Plan (NACP) yang bakal digubal kelak. Benda baik KS sokong… Tidak sabar melihat hasilnya nanti.

Comments