RAKYAT YANG MAHU TABUNG HARAPAN!!!


Tabung Harapan yang ditubuhkan atas permintaan rakyat sebagai cara untuk mereka menyumbang kearah penyelesaian hutang negara ini nampaknya menimbulkan rasa tidak puas hati pada beberapa ketua parti pembangkang BN.

Macam-macam lah mereka ini kata. Tabung itu tak perlu, negara boleh bayar hutang tanpa bebankan rakyat, hutang itu tak banyak sebenarnya dan lain-lain lah.

Perlu atau tidak, biar rakyat lah yang tentukan. Rakyat yang mahu tabung itu ditubuhkan. Tak ada siapa yang paksa menyumbang. Nak sumbang silalah, tak mahu sumbang tak mengapa. Tak ada siapa tahu anda sumbang ke atau tidak.

Hutang kena bayar lah. RM600 billion pun kena bayar, RM1 trillion pun kena bayar juga. Jika rakyat sukarela nak bantu selesaikan, apa salahnya. Sepatutnya kita terima dengan besar hati.

Sebenarnya, sumbangan dari tabung itu amat kecil jika dibandingkan dengan hutang negara ini.

Yang besar dan lebih bermakna adalah semangat rakyat yang mahu membantu negara mereka sendiri serta kerajaan yang mereka baru pilih melalui sistem demokrasi.

Mungkin itu sebenarnya yang parti pembangkang ini sukar nak terima - ya itu rakyat biasa sedia berdiri dibelakang kerajaan PH yang mereka sendiri lantik itu.

KS: Jika hati busuk maka terserlahlah tingkahlaku juga busuk. Dengki khianat, sakit hati, mengata, merendahkn sesuatu tindakan yang manampakkan kebodohan mereka sendiri. Oleh itu persetankan statement2 pemimpin pembangkang yang tidak ada arah tuju.

Comments