JANGAN JADI BERITA SAMPAH???



Pelik KS dengan laporan-laporan media mutakhir ini yang banyak melaporkan siasatan kes-kes tanpa mendapat pengesahan dari agensi berkaitan...

Hanya kononnya mendapat maklumat dari sumber dalaman, media-media hari ini ghairah melaporkan berita tidak sahih tanpa mengira risiko terhadap siasatan tersebut.

Selain media, ada juga blogger2 seolah-olah menjadi hero kononnya mereka sajalah yang pandai menyelesaikan isu mengikut selera mereka...

Dituduh pula agensi penyiasat berkaitan tidak menjalankan siasatan terhadap kes-kes tertentu...

SPRM adalah antara agensi yang selalu menjadi mangsa berita-berita sampah seperti ini....

Terkini laporan berita sebuah akhbar, mengatakan SPRM tidak menyiasat projek membekal dan memasang panel tenaga solar kepada 369 buah sekolah di Sarawak melibatkan kos sebanyak RM1.25 bilion.

Adakah editor akhbar ini sangka menyiasat kes seperti ini seumpama menulis karangan 300 patah perkataan. Boleh dibuat dalam tempoh sejam...

KS sebenar tidak gemar menggunakan istilah sampah ini, tapi itulah selayaknya digelarkan sebab media dan blogger ini tidak mendidik orang ramai malah mengelirukan mereka...

Peranan media dan blogger yang sepatutnya menyampaikan berita sahih dan mendidik masyarakat, tapi kini lebih suka mengapi-apikan orang ramai dengan cerita rekaan...

Adakah sebab media dan blogger tidak mendengar berita pasal siasatan, maka media dan blogger rumuskan sebagai siasatan tidak berjalan..?

Sebab itulah...KS pernah mendengar rintihan seorang sahabat dari SPRM...katanya kalau boleh, hendak saja mengajak orang2 media ini turut serta menyiasat kes...biar mereka tahu perit jerih dan lihat semua disiasat..tidak kira Pakatan Harapan atau Barisan Nasional..semua SPRM sapu kalau terlibat..

Malah KS juga lihat banyak kebocoran maklumat dilaporkan menerusi media...dimana etika media?..mereka tidak sedarkah bahawa perbuatan mereka bukan sahaja mengganggu siasatan malah boleh membahayakan nyawa mereka yang terlibat.

Hingga kadang-kadang KS rasakan ‘peranan media’ ini digunakan oleh pihak tertentu untuk mengganggu siasatan...

KS juga nasihatkan pegawai media SPRM buatlah kerja memperbetulkan keadaan...bukan terkinja-kinja menghebahkan berita mencari publisiti murahan seperti era TS Dzul...

Beritahulah media untuk memberi ruang kepada SPRM atau mana-mana agensi penguatkuasa untuk melakukan siasatan secara telus dan terperinci...

KS: Siakap senohong gelama ikan duri, akhbar berbohong lama-lama mencuri...

Comments