GEMPAR!!! GEMPAR!!! GEMPAR!!! SPRM BURU NRRET???



Hari ini Mingguan Malaysia melaporkan beberapa individu sedang diburu SPRM bagi membantu siasatan berhubung penahanan dua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama wang tunai RM1.75 juta dan lebih 10 kenderaan mewah bernilai hampir RM3 juta dalam operasi yang bermula kelmarin hingga semalam.

Kesemua individu yang diburu terdiri daripada orang awam dan seorang pegawai kanan Pasukan Penguat Kuasa Pemulihan Hasil Negara (NRRET).

Kesemua mereka dipercayai berperanan sebagai proksi bagi kesemua kenderaan mewah yang dirampas daripada pegawai kanan PDRM yang ditahan.

KS difahamkan SPRM mencari pegawai dari dua agensi berkenaan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Sehingga kini tiga saksi termasuk ‘pegawai kanan PDRM’ telah diambil keterangan dan sekiranya ada keperluan, mereka akan ditahan.

Ketika tangkapan dilakukan, selain menemukan sejumlah wang tunai yang diletakkan di sebuah bengkel di Subang Jaya, pelbagai kenderaan mewah turut dirampas.

Beberapa lagi kenderaan mewah juga dikesan telah diletakkan oleh suspek di beberapa kawasan tempat letak kereta sekitar Bangsar bagi mengaburi SPRM.

Kelmarin, juga dilaporkan dua pegawai kanan yang berkhidmat dalam Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman, masing-masing berpangkat Asisten Komisioner dan Asisten Superintenden telah ditahan.

SPRM turut merampas sejumlah wang bernilai RM335,000 di bengkel tersebut.

Kedua-dua pegawai kanan tersebut kemudian dibawa ke kondominium milik mereka sebelum menemukan sejumlah wang bernilai RM520,000.

Selepas itu, kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke STAGG di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut dan menemukan wang dianggarkan lebih RM225,000 dan sejumlah lagi wang tunai di sebuah bengkel mengecat kereta.

Dari mana lagi duit-duit ini diperolehi???.

KS: Seingat-ingatlah, TS Dzul pernah menjadi KP NRRET…Agaknya SPRM boleh siasat sekali kes misteri kehilangan minyak disel yang disita!!! Apa kaitan dengan TS Dzul??? Kita tunggu dan lihat!!!

Comments