BERHENTILAH MENUAI LABA POLITIK DARIPADA KEMATIAN RAKAN SENDIRI!!!


Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kerajaan hari ini telah bersetuju untuk membuka semula siasatan berhubung kematian mendiang Teoh Beng Hock (TBH) pada 2009 yang ditemui meninggal dunia di tingkat lima Plaza Masalam yang menempatkan Ibu Pejabat SPRM Selangor ketika itu.

Hampir 9 tahun TBH telah meninggal dunia tetapi masih ada pihak yang tidak berlapang dada. Mukin rasa berdosa dengan TBH barangkali.

Pada 24 Ogos 2009, dua pakar patologi sependapat bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu telah membunuh diri. Mereka juga turut menolak teori TBH dibunuh atau terjatuh secara tidak sengaja.


Tidak cukup dengan itu, pada 22Julai 2011, Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian TBH (RCI) telah merumuskan laporan setebal 124 muka surat bahawa TBH membunuh diri dengan terjun dari pejabat SPRM.

Berdasarkan laporan tersebut, TBH tidak dibunuh sebagaimana yang digembar-gemburkan secara luar biasa oleh DAP sejak Julai 2009 sehingga kini.

Malah ia dimanipulasi menjadi bahan sentimen perkauman yang keterlaluan.

Tohmahan yang dilemparkan sudah tidak terkira banyaknya. Persoalan sebenar iaitu gejala rasuah yang disiasat oleh SPRM tenggelam.

Masyarakat sudah diheret terlalu jauh dalam isu ini sehinggakan kita tergelincir daripada landasan sebenar.

Adakah ini kejayaan DAP selama ini yang muslihat sebenar mahu menutup banyak kepincangan pemimpin tertentu dalam kes tersebut. 

Jika diamati laporan tersebut, boleh dirumuskan wujud amalan kronisme, penyelewengan dan manipulasi melibatkan kewangan.

Kadang-kadang KS  bersetuju dengan pandangan beberapa pihak bahawa DAP yang sepatutnya memikul tanggungjawab atas kematian TBH. Mendiang telah menyelamatkan imej DAP daripada tercemar lebih buruk.

Pemimpin-pemimpin DAP, sewajarnya meminta maaf kepada rakyat Malaysia, SPRM dan keluarga TBH.

KS berharap tiada lagi pihak mempersoalkan punca kematian TBH apatah lagi mahu terus menjadikannya perkakas politik.

Kepada SPRM, usahlah goyah jika benar kerajaan bersetuju membuka semula siasatan kematian TBH. Keadilan kita tegakan. Peranan mulia pegawai SPRM laksanakan mesti diteruskan dengan penuh yakin, tabah dan profesional.

Cuma KS ingatkan pada semua, proses soal siasat bukanlah sesuatu yang mudah. Di kebanyakan negara termasuk di Barat, soal siasat suspek atau saksi kes rasuah juga sentiasa terdedah kepada kritikan.

Para pegawai SPRM telah menjalankan ribuan siasatan selama ini. Satu dua insiden bukan cerminan kepada kelemahan atau kegagalan suruhanjaya itu.

KS berharap moral para pegawai dan petugas SPRM tidak akan terjejas.

Tugas memerangi rasuah dan penyelewengan di mana-mana negara berdepan dengan cabaran getir.

Halangan utama adalah daripada golongan korup minda yang mempolitikkan kes rasuah.

Pemikiran yang korup itulah yang akhirnya menjadikan SPRM sebagai kambing hitam dan mangsa politik.

KS: Kenapa DAP tidak berkempen memberi keadilan kepada kes Arwah Ahmad Sarbani Mohamad yang juga pernah mati jatuh dari bangunan SPRM sepertimana dalam kes TBH??? Dan apa khabar Ean Yong Hian Wah sekarang??? Sanggupkah beliau tampil membela juga???


Comments