AL CAPONE!!! UNTOUCHABLES!!!



Anda ada tonton filem 'Untouchables'? Yang actor utamanya Kevin Costner itulah.

Ceritanya tentang bandar Chicago diwaktu penjenayah Al Capone bermaharajalela dulu lah.

Al Capone ini habis semua pihak berkuasa di rasuahnya. Termasuklah hakim mahkamah sendiri.

Apabila dia akhirnya dibawa kemuka pengadilan, berkat usaha Kevin Costner dan beberapa rakannya, Al Capone itu langsung tidak risau kerana semua juri dalam perbicaraan itu dah dirasuahnya.

Tapi Kevin Costner ini pandai. Sebelum perbicaraan bermula, dia meminta hakim menukar kumpulan juri. Terus pucat muka Al Capone itu dan dia akhirnya didapati bersalah.

Seorang rakan Kevin Costner itu bertanya bagaimana dia dapat meyakinkan hakim untuk menukar juri tersebut?

Kevin Costner kata "saya beritau hakim namanya pun ada dalam senarai penerima rasuah".

Begitulah adanya.

Comments