TS DZUL AKHIRNYA DIHUMBAN SELEPAS 1 TAHUN 9 BULAN MENJAHANAMKAN SPRM... (1 OGOS 2016 - 15 MEI 2018)


Selepas AG, TS Apandi Ali 'dihumban' oleh kerajaan baru akibat bersekongkol dengan penyamun...pada Selasa ini, giliran KP SPRM, TS Dzul pula akan 'dihumban' dari tingkat 22 Istana Buniannya.

Perkara itu telah diputuskan dalam satu pertemuan oleh sekumpulan 'ahli peringkat tertinggi' kerajaan baru di Putrajaya semalam.

Beberapa nama pegawai tinggi SPRM juga telah diambil untuk saringan untuk mengganti tempat nombor 1 SPRM itu.

Laporan BH semalam, TS Abu Kassim adalah nama yang disebut-sebut mengisi semula tempat itu.

Melihat kepada trend 'comeback' yang dilakukan oleh tokoh-tokoh pilihan kerajaan baru, maka tidak mustahil TS Abu juga akan melakukan perkara sama dan peluangnya amat cerah.

KS memang amat teruja dengan tindakan kerajaan pimpinan Tun M ini, ia bukan kerana benci atau dendam terhadap sesiapa, tapi bagi kelangsungan untuk memulihkan imej SPRM.

Sesiapa pun yang meneraju SPRM selepas ini, perlu turut menggerakkan misi 100 hari membersihkan segala kemungkaran khususnya dalaman SPRM demi memenuhi harapan rakyat.

SPRM bukan tempat perkakas politik, SPRM bukan tempat mencari bini muda, SPRM bukan tempat bersuka ria dengan duit kerajaan, SPRM bukan tempat membalas dendam tapi SPRM ialah harapan rakyat!!

Kepada TS Dzul, kehidupan ini perlu diteruskan, pintu taubat luas terbentang, kamu sebagai orang yang mempunyai latar belakang agama yang baik, jadi ia harus digunakan sebaik mungkin.

Manalah tau, kelebihan itu nanti mampu menjadikan kamu sebagai Presiden Pas 10 tahun lagi kerana kamu juga suka berpolitik.

KS: KS tetap KS...akan terus menentang kemungkaran dalam SPRM tanpa mengira siapa nombor 1....SPRM amanah dan harapan rakyat!!

Comments