SELEPAS TUN M CIPTA SEJARAH JADI PM DUA KALI, GILIRAN ABU KASSIM PULA CIPTA SEJARAH JADI KP SPRM DUA KALI!!!



Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menegaskan beliau sedia mengheret Presiden UMNO, Najib Razak ke muka pengadilan andainya Najib didapati melakukan kesalahan.

Memetik kata-kata beliau semalam, Mahathir berkata: "Jika undang-undang mengatakan Najib melakukan perbuatan menyalahi undang-undang, dia akan berdepan tindakan undang-undang dan hukuman ditetapkan," katanya.

Kenyataan ini ialah merujuk kepada siasatan kes 1MDB, SRC International dan dana RM2.6 bilion  yang telah dibersihkan oleh AG.

Beberapa penjawat turut menjadi korban bagi membersihkan skandal itu kerana mereka menentang arus, antaranya Peguam Negara, Gani Patail, KP SPRM, TS Abu Kassim, Gabenor Bank Negara, TS Zeti Aziz, pegawai kanan lain seperti Timb. KP SPRM, DS Shukri Abdull, Timb SB, Datuk Hamid Bador, Pengarah Siasatan Khas SPRM, Datuk Bahri Md Zin dan ramai lagi.

Namun apa yang menarik perhatian KS, difahamkan bagi melancarkan pembongkaran kembali siasatan rasuah mega ini, TS Abu Kassim akan kembali meneraju SPRM mengganti TS Dzulkifli Ahmad yang merupakan pencacai Najib.

Gerakan ini dikatakan bakal dilakukan dalam tempoh terdekat iaitu selepas perlantikan menteri kabinet baru atau sebelum hari raya Aidilfitri.

Kemasukan semula Abu Kassim ini bukan sahaja semata-mata untuk menyelesaikan kes berkenaan, namun misi yang lebih besar ialah untuk memulih kembali imej SPRM di mata rakyat setelah dimusnahkan oleh TS Dzul bersama macai-macainya dalam SPRM sendiri.

Dengan kedudukan TS Dzul sebagai KP SPRM, dia telah menggunakan kuasanya menjadikan SPRM sebagai alat tunggangan politik.

Dia juga mendapat balasan apabila skandalnya bersama isteri orang di Bali juga dibersihkan.

Peranan TS Dzul semasa di AG untuk membersihkan skandal SRC International dan dana RM2.6 bilion telah lama diketahui termasuklah misi sulitnya bertemu Jho Low bagi 'menyelesaikan' isu itu.

Jadi orang layak membersihkan segala kemungkaran yang dilakukan TS Dzul sepanjang memegang jawatan itu, ialah Abu Kassim.

Tun M dikatakan telah meletakkan kepercayaannya kepada TS Abu Kassim kerana beliau memahami halatuju SPRM yang seiring dengan harapan rakyat.

Abu Kassim juga kenal bekas-bekas anak buahnya yang mana berpaling tadah dan yang mana masih setia seperti dulu.

Jadi tunggu kemunculan TS AK!!

Comments

  1. Semoga Allah mengembalikan maruah mereka jika ianya teraniaya dan memberikan petujuk serta kekuatan kpd mereka apabila diletakkan semula ditempat yg menjadi hak mereka.

    ReplyDelete

Post a Comment