MAJLIS PENASIHAT NEGARA IBARAT TEAM AVENGERS VERSI MALAYSIA!!!


Selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan tiga Menteri dalam Kabinet baharu pentadbiran beliau di satu sidang media khas, ramai sudah bersorak lega dengan barisan yang dianggotai ikon besar yang bakal mendokong aspirasi PM tersebut.

Tun Mahathir mengumumkan bahawa Majlis Penasihat akan dianggotai oleh pakar ekonomi dan ahli akademik bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, taikun Tan Sri Robert Kuok, Penolong Setiausaha Agung, Jowo Kwame Sundaram dan bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican.

Tetapi apa yang menarik perhatian KS, pengumuman berhubung penubuhan Majlis Penasihat yang ditubuhkan sebagai penasihat kabinet di bawah pentadbiran baharu Tun Mahathir.

Majlis Penasihat ditubuhkan khusus untuk menasihati kerajaan berhubung hal ehwal ekonomi dan kewangan negara semasa tempoh peralihan mengikut kepakaran masing-masing.

Pasukan ini akan membantu di dalam membentuk polisi dan program untuk mencapai janji 100 hari yang dibuat PH kepada rakyat.

Pasukan ini akan membantu di dalam membentuk polisi dan program untuk mencapai janji 100 hari yang dibuat PH kepada rakyat. 

Di media sosial, rata-rata menyokong dan meraikan pelantikan Majlis Penasihat dengan menggelar ahli-ahli nya sebagai 'Avengers' versi Malaysia.

Keterujaan netizen yang berpendapat bahawa penubuhan Majlis Penasihat adalah satu keputusan bernas yang diambil oleh Mahathir dalam pembentukan kabinet baharu.

Ramai menyatakan bahawa penubuhan majlis yang dianggotai pakar ekonomi dan akademik itu adalah langkah pertama parti HARAPAN dalam memastikan perkembangan progesif negara.

Ini adalah Malaysia yang baharu!!!

Comments