LUBANG CACING TAK PERLU KU INTAI LAGI, KINI TIBA MASA DIHUMBAN SECARA BERGILIR-GILIR!!!



Susulan keputusan PRU-14 yang menunjukkan mandat rakyat diberi kepada Pakatan Harapan, maka bermulalah episod pembongkaran semula skandal-skandal rasuah mega yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Jika dulu, kerajaan yang berkuasa begitu menggila menutup segala kemungkaran mereka dengan bantuan pihak-pihak tertentu, kini perkara itu mustahil boleh dilakukan.

Tangan dan kaki mereka kini sudah ditambat...Kini tiba masa penyamun-penyamun bersama konco-konconya pula diheret kemuka pengadilan.

Siasatan rompakan 1MDB, SRC International dan dana RM2.6 bilion dan rasuah-rasuah mega lain perlu diaktifkan semula.

Ingat!..tindakan ini bukan dendam kesumat tapi keadilan buat rakyat yang telah merana akibat kerakusan penyamun-penyamun tersebut.

KP SPRM, TS Dzulkifli Ahmad yang selama ini angkuh dan kebal kerana menjadi balachi Najib Razak dengan menutup skandal-skandal Najib juga perlu dihumban kerana ketidaktelusannya sebagai penjawat awam yang memegang amanah rakyat.

Kini tiada lagi istilah kau tolong aku, aku tolong kau. Skandal Bali TS Dzul juga perlu dibuka semula setelah ditutup atas dasar tolong kawan.

Tindakan TS Dzul yang didakwa membantu Najib untuk menyerang kerajaan Pulau Pinang dan Selangor juga perlu diperjelaskan.

Sebagaimana rakyat inginkan kerajaan Malaysia yang bersih. Maka SPRM juga perlu bersih sebersih bersihnya.

Perubahan itu perlu bermula sekarang.

Hari ini juga, Mantan Pengarah  Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin juga telah memberi petunjuk bahawa banyak lagi skandal rasuah yang tidak pernah terfikir oleh rakyat akan dibongkar.

Memetik kata-katanya menerusi berita di portal, Bahri berkata:  "Lubang cacing tak perlu ku intai lagi dan Insyallah kita akan menonton kes-kes yang tak pernah terlintas di benak kita selama ni."

Sekali lagi diingatkan...ini bukan dendam. Kerajaan baru perlu faham maksud mandat yang diberikan oleh rakyat.

Tsunami rakyat ini berpunca dari kemarahan mereka dengan sikap pemimpin penyamun dan konco-konco memperbodohkan rakyat.

Apa tidaknya, semuanya diatur supaya memihak pada mereka. Yang menentang arus akan dihumban. Kini tiba masa mereka untuk dihumban secara bergilir-gilir.

Rakyat negara ini telah pun bersuara dan sudah tiba masanya untuk kita semua mengejar impian kita demi sebuah masa depan yang cerah.

Kita harus meneruskan perjuangan untuk mencetuskan perubahan untuk kebaikan semua lapisan masyarakat yang majmuk ini.


Selamat Jalan TS Dzul. Selamat Kembali TS Abu Kassim!!! Kembali menjadi KP SPRM kali kedua...lagi sejarah tercipta!!! 

Comments