BIRU TUA…BIRU MUDA DAN HIJAU



kawan
jika sampai di persimpangan ini
kau terpaksa memilih haluan mu
yang tak lagi seiring dgn ku
maka ku maafkan kau kawan

kawan
jika sampai di titik ini
kau terpaksa
melupakan sumpah setia perjuangan kita
yg pernah kita laungkan bersama dulu
maka ku maafkan kau kawan

kerana ku tahu kawan
kau hanya manusia biasa
yg juga ingin makan di restoran
dan coffee house mcm org kenamaan
sambil mkn ditemani jelitawan
kau sudah jelak makan di gerai tepi jalan
ditemani lalat dan nyamuk berterbangan

aku tahu kawan
kau hanya manusia biasa
yg juga ingin memiliki dan menaiki
Mercedes, Bentley dan Jaguar
kau sudah jelak naik kereta tua
yg menggegarkan tulang dan anggota
serta meletihkan dari kaki sampai kepala

aku sedar kawan
kau hanya manusia biasa
jika kau memilih jalan lain
tidak lagi spt yg kita janjikan
kau hanyalah seorang insan
yg punya nafsu dan punya keinginan

aku faham kawan
kau telah menjual pendirianmu
dengan diskaun harga yg istimewa
demi membeli sebidang kemewahan
kau bukan malaikat
kau sudah jemu melarat...

Comments