BINA SEMULA SPRM BARU...BERSAMA ABU KASSIM KAH??? SHUKRI ABDULL KAH??? MUSTAFAR ALI KAH??? SHAHARUDDIN KHALID KAH???


Bermula esok 15 Mei, SPRM akan menerima KP yang baru...Ini bermakna terhapuslah sudah regim lama...

Maka buat seluruh warga SPRM, ambillah iktibar dari apa yang berlaku...


Yang kekal ialah Allah...jadi kerjalah kerana Allah...

Tak perlulah kamu tiba-tiba bersorak keriangan sedangkan 1 tahun 9 bulan lalu kamu hanya sibuk bergosip dengan radio Hanoi dan menikus sahaja…

Bila datang KP baru, janganlah kerja mengampu tak sudah-sudah...berpuak-puak dan mencari kepentingan diri sendiri...

Jika sikap tidak berubah maka tidak ada gunanya 10 kali KP SPRM berubah pun...

Buktikan kepada rakyat bahawa masalah rasuah yang berpuluh tahun tidak pernah reda itu sebenar boleh dihapuskan dengan bantuan semua pihak...

Inilah masa yang sesuai...iltizam membanteras rasuah dari tiga kuasa iaitu kerajaan, rakyat dan SPRM...

Esok sama-samalah dengar nama KP SPRM baru diumumkan sama ada Abu Kassim, Shukri Abdull, Mustafar Ali atau Shaharuddin Khalid...

Bayang-bayang Abu Kasim dikatakan telah berlegar-legar di bangunan SPRM hari ini...

Tapi???...tunggu...sinar mentari esok...adakah terbit dari barat ataupun timur…


KS: SILA PERLAHANKAN VOLUME SIARAN RADIO HANOI ANDA...

Comments