AWAS!!! JANGAN BIARKAN SHUKRI ABDULL DIKELILINGI LALAT!!!



"Anak-anak buah saya, jadilah seperti lebah walaupun dibuang di lautan sampah, tuan-tuan tetap akan mencari bunga menghisap madunya dan akhirnya nanti madu itu akan memberi manfaat kepada semua orang.

Tapi jangan jadi seperti lalat walaupun dibuang di taman-taman bunga seluas bumi dan lautan, lalat tetap mencari kotoran-kotoran yang menjijikkan dan akhirnya akan mendatangkan penyakit dan mudarat kepada semua orang lain."

Ingat lagikah orang-orang SPRM dengan peringatan keramat ini?

Pada mana-mana yang sudah lupa, KS ingatkan kembali...inilah ucapan akhir DS Shukri pada 29 Julai 2016 lalu...Ya...tarikh detik hitam SPRM yang mana 3 daripada 4 pengurusan tertingginya dicampak oleh manusia yang rakus mengejar harta dunia.

Pada detik itu....semuanya mengalirkan airmata yang tidak dapat dipastikan dari mana puncanya...

Semua mahu menjadi lebah sebagaimana yang dipesankan...

Tapi hari berganti hari...bulan berganti bulan...air mata semalam hanya tinggal kenangan...lebah jadian perlahan-lahan menjadi lalat...

Akhirnya mereka merasakan menjadi lalat lebih mengasyikkan...kotoran…taik yang dihurung menjadi enak dan mula sebati...

Namun keseronokan dunia tidak kekal lama...selepas 1 tahun 9 bulan...tiba-tiba si penternak lalat dihumban keluar...

Lebih menakutkan si lalat-lalat, DS Shukri, tuan punya badan yang memberi peringatan akan kembali menerajui SPRM...

Kita tunggu sajalah nasib si lalat-lalat ini.

KS ingin ingatkan, tidak dapat tidak segala kotoran dan lalat-lalat perlu dibersihkan...jika tidak, sampai bila-bila SPRM akan terus dipandang jijik dan tidak memberi manfaat pada orang ramai.


KS difahamkan, DS Shukri pernah memberi peringatan untuk membongkar isu penyelewengan yang dilakukan oleh pimpinan SPRM sebelum ini bersama lalat-lalatnya kerana beliau tidak mahu SPRM hancur...

Kini doa beliau dimakbulkan, beliau diberi kuasa kembali...

Tiada siapa yang akan terlepas dari tindakan undang-undang jika melakukan kesalahan...baik di dunia atau akhirat...

Inilah masanya!!

KS: Pernah masuk hospital akibat termakan lauk ada telur lalat...bahayakan lalat...

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment