MAMPUKAH ATAU BUTA HATI???



Integriti dan keadilan dalam kempen pilihan raya penting untuk memastikan rasuah tidak merosakkan kredibiliti keseluruhan pilihan raya, sekali gus menjejaskan proses demokrasi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

PRU14 semakin hampir, hanya kurang sebulan sahaja lagi.

Tapi adakah semua parti politik terlibat dalam kempen pilihan raya bersih dan adil?

Mampukah mereka?

Akan wujud risiko rasuah dalam proses pilihan raya termasuk kepada pengundi. Seharusnya tidak perlu bertoleransi kepada politik wang.

Salah guna kuasa yang melibatkan pilih kasih, nepotisme dan konflik kepentingan dalam penganugerahan konsesi kerajaan, pembayaran kontrak, projek tiba-tiba (adhoc), lesen, saham dana pembangunan dan faedah lain juga wajib dihentikan.

Ahli-ahli politik perlu menunjukkan komitmen ke arah prinsip kebenaran, integriti, akauntabiliti dan tingkah laku beretika dalam tempoh pilihan raya dan selepas mengundi.

Orang politik perlu elak politik wang dan sebarang isu lain yang boleh menjejaskan keharmonian negara yang berbilang kaum.

Pembiayaan kepada parti politik adalah elemen penting yang akan berlaku sekitar kempen pilihan raya.

Seperti dinyatakan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1958, had perbelanjaan kempen bagi setiap calon adalah RM200, 000 bagi pilihan raya persekutuan manakala, RM100,000 untuk pilihan raya negeri.

Hanya perbelanjaan yang dilakukan antara tarikh penyiaran notis pilihan raya dan hari pilihan raya itu tertakluk kepada had kewangan.

Oleh itu, tidak ada kewajipan ke atas calon untuk mendedahkan apa-apa pendapatan atau perbelanjaan di luar tempoh kempen ini.

Soalnya, di manakah wang kempen ini datang dan berapa banyak sebenarnya yang dibelanjakan oleh setiap calon?, Itu yang sering menjadi tanda tanya???

Cukup-cukuplah berkelakuan seperti orang yang buta hati.

Comments