LENA AKU LENA!!!



Satu Nikmat Anugerah Allah Taala
Kepada Semua Makhluk Ciptaan Nya
Yang Melata Di Alam Maya
Sama Ada Merga Satwa Atau Manusia
Semua Pakat Lena Belaka

Satu Keperluan Bagi Manusia
Tak Kira Rakyat Jelata Atau Pemimpin
Pengikut Atau Ketua
Kanak2 Atau Orang Tua
Semua Pakat Lena Belaka

Tanpanya Hidup Jadi Sengsara
Tak Boleh Lena Kena Berubat Segera
Takut Kena Penyakit Insomnia
Tidoq Tak Lena Mula Lah Sakit Kepala
Nak Makan Pun Takdak Selera
Stress Pun Mula Menjelma
Silap Sikit Kira Nak Marah Saja
Semuanya Kerana Tidoq Tak Lena

Yang Cukup Enam Jam Saja
Tapi Ada Juga Sampai Berbelas Jam Membuta
Tak Kira Di Mana Saja
Dalam Kapal Terbang, Bas, LRT, Dan Juga Kereta
Kadang2 Di Stesyen Pun Dah Tutup Mata
Teruih Melayang Asal Saja Letak Kepala

Orang Miskin Lebih Mudah Lena
Sebab Dalam Lena Ada Mimpi Bahagia
Meskipun Tidurnya Di Pangkin Usang Sahaja
Orang Kaya Susah Nak Lena
Sebab Fikiran Khuatir Memikirkan Harta
Meski Pun Katil Dan Tilam Beribu Harganya
Namun Lena Tidak Pernah Diniaga

Ada Yang Jaga Di Dalam Lena
Ada Yang Lena Di Dalam Jaga
Ramai Yg Tutup Mata Tapi Tak Lena
Yg Pelik Ada Yg Lena Dgn Mata Terbuka
Apa Pun Janganlah Lena Sebelum Masanya
Sebab Nanti Kita Pasti Akan Lena Selama2nya

Comments